KUANTAN - Ahli Umno diingatkan bahawa PRU14 bukan masanya untuk berjoli seperti mana yang berlaku pada PRU12 dan PRU13 lalu.

Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata, semua ahli Umno perlu bekerja kuat dalam memastikan Umno memenangi lebih banyak kerusi.

Menurutnya, Umno pada beberapa tahun lalu merupakan parti yang kuat dan mempunyai sokongan yang tidak berbelah bagi.

“Bagaimanapun, pada kini, kita perlu sedar bahawa keadaannya sudah jauh berubah apabila terdapat parti baharu yang cuba mengancam Umno.

“Kekalahan Umno pada 2008 dan 2013 perlu menjadi pengajaran supaya ia tidak berulang lagi pada PRU14,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Kuantan, hari ini.

Hadir sama, Ketua Umno Bahagian Kuantan, Datuk Seri Wan Adnan Wan Mamat  dan Timbalan Ketua Umno Bahagian Kuantan, Datuk Seri Abdul Hamid Ahmad Nazahar.

Mohamed Nazri berkata, beliau yakin Kuantan mampu merampas kembali kerusi yang tewas memandangkan polemik isu Lynas yang digunakan pihak lawan gagal.

Beliau berkata, pada PRU13 isu tersebut dieksploitasi pembangkang sehingga meragut kepercayaan rakyat.

“Justeru, saya mahu jentera Umno Kuantan khususnya menguatkan jentera yang ada untuk memasuki gelanggang dengan penuh keyakinan.

“Kita jangan mudah terpedaya dengan tohmahan pembangkang yang hanya pandai menyebarkan fitnah,” katanya.

Mohamed Nazri berkata, beliau dimaklumkan pengundi Melayu di Kuantan mencecah 65 peratus dan tidak mustahil kerusi di Bahagian Kuantan diberikan kepada Umno.

“Jumlah itu menunjukkan Umno mempunyai peluang untuk menang. Pada PRU14, kita hanya mahu kerusi yang dipertandingkan mampu menang. Saya yakin parti komponen memahami situasi itu,” katanya.

 

 

 

 

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • PORT DICKSON - Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Tun Razak dijadual mengadakan lawatan kerja ke Negeri Sembilan, Isnin ini, dan salah satu destinasi dalam jadual kunjungannya adalah Port Dickson.
  • TANJUNG RAMBUTAN - BN Perak menyenaraikan beberapa individu dalam kalangan penjawat awam di negeri ini sebagai calon mereka pada PRU14 nanti.
  • SHAH ALAM - Kenyataan Pengerusi Pakatan Harapan (Harapan), Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa pihaknya tidak mampu memenuhi semua janji pemimpin mereka jika menang pada PRU14 kerana mengambil kira faktor realistik.
  • KUALA LUMPUR - Perebutan undi Melayu pada PRU14 dijangka sengit dan akan dimenangi oleh parti yang mempunyai gerak kerja terkuat di akar umbi, kata Timbalan Pengerusi Majlis Profesor Negara (MPN) Prof Datuk Dr Shamsul Amri Baharuddin.
  • SHAH ALAM - Tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memperuntukkan RM1.3 billion untuk membangunkan lima projek infrastruktur di Langkawi didakwa kerana takut akan bayang-bayang Pengerusi Pakatan Harapan (Harapan), Tun Dr Mahathir Mohamad.