• Penyokong Pas terus meraih undi buat kali terakhir untuk Husam. Penyokong Pas terus meraih undi buat kali terakhir untuk Husam.
  • Penyokong BN sedang berkumpul untuk meraih undi bagi penyandang kerusi Putrajaya, Tengku Adnan. Penyokong BN sedang berkumpul untuk meraih undi bagi penyandang kerusi Putrajaya, Tengku Adnan.
  • Calon PKR Parlimen Gombak dan juga Dun Bukit Antarabangsa, Mohamed Azmin Ali tiba kira-kira jam 2 petang di SK Klang Gate untuk mengundi. Calon PKR Parlimen Gombak dan juga Dun Bukit Antarabangsa, Mohamed Azmin Ali tiba kira-kira jam 2 petang di SK Klang Gate untuk mengundi.
  • Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak (tengah) melambai tangan ke arah orang ramai ketika melawat bilik gerakan BN di Seksyen 19, Shah Alam, hari ini.- Foto Bernama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak (tengah) melambai tangan ke arah orang ramai ketika melawat bilik gerakan BN di Seksyen 19, Shah Alam, hari ini.- Foto Bernama
  • Walaupun terpaksa berkerusi roda, Jahrah Hasan, 68, bertekad untuk mengundi di SK Seksyen 7, Bandar Baru Bangi. - Foto Sinar Harian Online oleh MUHAMMAD SHAMSUL ABD GHANI Walaupun terpaksa berkerusi roda, Jahrah Hasan, 68, bertekad untuk mengundi di SK Seksyen 7, Bandar Baru Bangi. - Foto Sinar Harian Online oleh MUHAMMAD SHAMSUL ABD GHANI
  • Nash bersama anaknya, Fareena Nasha, (kanan) dan Najeeha menunjukkan jari dicalit dakwat kekal di SMK Seksyen 7, Shah Alam pagi tadi. - Foto Sinar Online oleh RAZIATUL HANUM Nash bersama anaknya, Fareena Nasha, (kanan) dan Najeeha menunjukkan jari dicalit dakwat kekal di SMK Seksyen 7, Shah Alam pagi tadi. - Foto Sinar Online oleh RAZIATUL HANUM
  • Calon Bebas kerusi Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Seri Mohd Shariff Omar (tengah) dan isteri Datin Seri Barinah Mohd Nor menunggu giliran untuk mengundi di SMK Pokok Sena, Tasek Calon Bebas kerusi Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Seri Mohd Shariff Omar (tengah) dan isteri Datin Seri Barinah Mohd Nor menunggu giliran untuk mengundi di SMK Pokok Sena, Tasek
  • Calon BN Dun Bertam, Shariful Azhar Othman bersama isteri, Nor Azimah Shahiran dan Nori Abdullah (tengah),  anak Tun Abdullah Ahmad Badawi selepas mengundi di Kepala Batas. Calon BN Dun Bertam, Shariful Azhar Othman bersama isteri, Nor Azimah Shahiran dan Nori Abdullah (tengah), anak Tun Abdullah Ahmad Badawi selepas mengundi di Kepala Batas.
  • Rafizi menemani isterinya, Afizsa beratur di kaunter semakan daftar pemilih di SK Pandan Indah. - Foto Sinar Harian oleh SALMIAH DRUHAMAD DRAHSIN Rafizi menemani isterinya, Afizsa beratur di kaunter semakan daftar pemilih di SK Pandan Indah. - Foto Sinar Harian oleh SALMIAH DRUHAMAD DRAHSIN
  • Kaunter semakan dibuka untuk pengundi di luar kawasan pusat pengundian di SMK Seksyen 7 Shah Alam. Kaunter semakan dibuka untuk pengundi di luar kawasan pusat pengundian di SMK Seksyen 7 Shah Alam.
  • Tengku Adnan yang hadir (tengah) di pusat pembuangan undi di Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 9 pagi tadi. Tengku Adnan yang hadir (tengah) di pusat pembuangan undi di Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 9 pagi tadi.
  • Nur Jazlan bersama pengundi di Sekolah Agama Dato' Omar Yusuf, Kampung Pasir. Nur Jazlan bersama pengundi di Sekolah Agama Dato' Omar Yusuf, Kampung Pasir.
  • Nurul Izzah bersama suaminya Raja Ahmad Shahrir menunjukkan jari yang sudah dicalit. - Foto Sinar Harian Online oleh RUZY ADILA IDRIS Nurul Izzah bersama suaminya Raja Ahmad Shahrir menunjukkan jari yang sudah dicalit. - Foto Sinar Harian Online oleh RUZY ADILA IDRIS
  • Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menyediakan laluan khas bagi warga emas untuk membuat semakan pusat mengundi di Sekolah Kebangsaan Telok Menegon, Klang. Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menyediakan laluan khas bagi warga emas untuk membuat semakan pusat mengundi di Sekolah Kebangsaan Telok Menegon, Klang.
  • Nurul Izzah dikerumuni wartawan di pekarangan Pusat Daerah Mengundi di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bukit Bandaraya, Bangsar. Nurul Izzah dikerumuni wartawan di pekarangan Pusat Daerah Mengundi di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bukit Bandaraya, Bangsar.
  • Petugas pilihan raya mencalit dakwat kekal pada jari Fong Chee Hoe di Sekolah Rendah Sri Andalas pagi tadi. Petugas pilihan raya mencalit dakwat kekal pada jari Fong Chee Hoe di Sekolah Rendah Sri Andalas pagi tadi.
  • Nik Abdul Aziz tiba di pusat pembuangan undi di Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Sakti kira-kira jam 8.15 pagi tadi. Nik Abdul Aziz tiba di pusat pembuangan undi di Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Sakti kira-kira jam 8.15 pagi tadi.
  • Persekitaran SMK Sri Andalas pada jam 7.55 pagi tadi. Persekitaran SMK Sri Andalas pada jam 7.55 pagi tadi.
  •  Kaunter semakan pemilih di SMK Bukit Bandaraya mulai lengang. - Foto Sinar Harian Online oleh RUZY ADILA IDRIS Kaunter semakan pemilih di SMK Bukit Bandaraya mulai lengang. - Foto Sinar Harian Online oleh RUZY ADILA IDRIS
  • Proses mengira undi awal bagi kawasan Telok Kemang sedang berlangsung di Pusat Pengiraan Undi P.Dickson. Proses mengira undi awal bagi kawasan Telok Kemang sedang berlangsung di Pusat Pengiraan Undi P.Dickson.
  • Ketua ejen pengundian dan pengiraan pusat pengundian SMK Seksyen 19, Shah Alam, Bahary Ahmad mengesahkan peti undi disita pada jam 5.02 petang Ketua ejen pengundian dan pengiraan pusat pengundian SMK Seksyen 19, Shah Alam, Bahary Ahmad mengesahkan peti undi disita pada jam 5.02 petang
  • Pusat mengundi SK Ampang ditutup tepat jam 5 petang. Proses mengira undi akan bermula bila-bila masa dari sekarang. Pusat mengundi SK Ampang ditutup tepat jam 5 petang. Proses mengira undi akan bermula bila-bila masa dari sekarang.
1 /

BERIKUT perkembangan di lokasi mengundi di seluruh negara. 

Sri Andalas:

Persekitaran SMK Sri Andalas pada jam 7.55 pagi tadi.

Pandan:
Ratusan pengundi bagi kawasan Parlimen Pandan memenuhi pekarangan Sekolah Kebangsaan Pandan Indah sejak jam 7.30 pagi lagi.

Lebih kurang jam 8.10 pagi, orang ramai mula dibenarkan memasuki kawasan sekolah dan beratur bagi menunaikan tanggungjawab mengundi.

Hampir 1,000 pengundi sudah mula hadir di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Bandaraya, Bangsar pagi ini untuk melaksanakan tanggungjawab masing-masing.

Lembah Pantai:

Difahamkan pengundi kerusi Parlimen Lembah Pantai sudah tiba seawal 6.30 pagi lagi.

Penyandang kerusi parlimen itu, Nurul Izzah Anwar dijangka tiba untuk mengundi pada jam 8.30 pagi.

Sementara itu, Menteri Pembangunan Wilayah dan Kesejahteraan Bandar Datuk Raja Nong Chik Zainal Abidin akan mengundi di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bukit Bandaraya manakala calon Bebas, Rusli Rusli di SMK Sri Pantai Kampung Kerinchi.

Subang Jaya:
Keadaan terkini di Sekolah Menengah Kebangsaan USJ 12, UEP Subang Jaya di bahagian Parlimen Kelana Jaya dan Dun Subang Jaya, kelihatan orang ramai sudah datang untuk mengundi seawal jam 7 pagi.

Tepat jam 8 pagi orang ramai sudah mula masuk ke tempat mengundi.

Kerusi Parlimen Kelana Jaya melibatkan pertandingan dua penjuru antara DAP dan BN.

Kota Bharu:

Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tiba di pusat pembuangan undi di Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Sakti di Kota Bharu bersama isterinya, Datin Tuan Sabariah Tuan Ishak kira-kira jam 8.15 pagi tadi.

Beliau yang berusia 82 tahun itu semasa tiba di pekarangan sekolah kelihatan ceria.

Beliau yang memakai jubah serba puteh menunggu giliran dengan beratur bersama orang ramai yang lain sebelum menyempurnakan pembuangan undi.

Muar:
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang juga Timbalan Pengerusi BN, mengundi kira-kira jam  8.20 pagi di Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Muar, Muar. Selepas itu diikuti isterinya, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman lima minit kemudian.

Bangsar:

Penyandang kerusi Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar tiba di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bukit Bandaraya, Bangsar pada 8.45 pagi tadi.

Beliau yang hadir bersama suaminya, Raja Ahmad Shahrir Iskandar Raja Salim disambut dengan tepukan oleh beberapa penyokong beliau.

Pandan:

Lapan saluran mengundi dibuka di Sekolah Kebangsaan Pandan Indah.

Menurut salah seorang pengundi, Mohd Nazim Kamari, 46, susun atur terbaru oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memudahkan proses pengundian berjalan.

"Lebih baik daripada PRU lalu. Cuma mungkin tulisan saluran itu mesti dibesarkan sedikit atau guna pelekat sebab ada yang masih tertanya-tanya saluran mana mereka hendak pergi," katanya.

Kota Bharu:

Hampir 1,000 pengundi bagi kerusi Dun Panchor, Kelantan membuang undi di Sekolah Kebangsaan Panji sejak pusat berkenaan dibuka jam 8 pagi tadi.

Suasana di pusat tersebut tenang dan tidak ada sebarang insiden buruk berlaku membabitkan penyokong Pas dan Barisan Nasional.

Sementara itu, penyandang kerusi berkenaan, Datuk Mohd Amar Abdullah tiba sekolah tersebut tepat jam 8.50 pagi bagi membuang undi.

Bangsar

Penyandang kerusi Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar bersama suaminya, Raja Ahmad Shahrir Iskandar Raja Salim telah selesai mengundi sebentar tadi.

Beliau yang  tiba di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bukit Bandaraya, Bangsar pada 8.45 pagi disambut dengan tepukan oleh beberapa penyokong beliau.

Segamat:

Penyandang kerusi Parlimen Segamat, Datuk Seri Dr S Subramaniam membuang undi di SMK Buloh Kasap bersama isterinya, Datin Seri Dr Umarani.

Subramaniam yang tiba di pusat pengundian tepat jam 9 pagi kemudian terus ke kaunter semakan pengundi sebelum menuju  ke bilik membuang undi sambil diikuti oleh isterinya.

Beliau kemudian meninggalkan pusat pengundian pada jam 9.15 pagi sebelum bergerak meninjau  pusat-pusat pengundian lain yang terdapat di Parlimen Segamat.

Pulai:

Calon kerusi Parlimen Pulai dari Barisan Nasional, Datuk Nur Jazlan Mohamed hadir di pusat mengundi Sekolah Agama Dato' Omar Yusuf, Kampung Pasir kira-kira jam 8.45 pagi. Turut sama isterinya, Datin Rossanna Jaafar, 49, dan ibunya, Puan Sri Salbiah Abdul Hamid, 75.

Nur Jazlan mengundi kira-kira 20 minit kemudian.

Machang:

Calon Barisan Nasional (BN) Kelantan, Eriandi Datuk Ismail tiba awal di tempat mengundi bersama kedua ibu bapanya di Sekolah Kebangsaan Ayer Merah, Machang.

Eriandi, calon kerusi Dun Kemuning, membuang undi pada jam 8. 10 pagi diikuti ayahnya, yang juga bekas Adun Banggol Judah, Datuk Ismail Mamat dan ibunya, Ketua Pergerakan Wanita Umno Kelantan, Datin Rahimah Mohamed.

Kuala Kangsar:
Calon bebas kerusi Parlimen Kuala Kangsar, Datuk Kamilia Ibrahim tiba di Pusat Mengundi di Sekolah Kebangsaan Ulu Piol, Manong kira-kira jam 9.20 pagi.

Pengundi mula tiba di pusat mengundi seawal jam 7.30 pagi sebelum kaunter semakan pengundi dibuka.

Indera Mahkota:

Calon kerusi Parlimen Indera Mahkota, Datuk Fauzi Abd Rahman membuat laporan polis di balai polis Indera Mahkota kerana tidak puas hati dakwat kekal yang dicalit hilang sebaik sahaja dibasuh.

Lima pengundi yang membuang undi di SK Sg Talqm tiba pada jam 9.30 pagi untuk membuat laporan termasuk isteri calon, Datin Khamisah Mohd. Mereka mendakwa dakwat yang dicalit hilang sebaik sahaja dibasuh menggunakan sabun biasa dan menimbulkan kemarahan pengundi.


Kuala Krai:

Calon Barisan Nasional (BN) kerusi Parlimen Kuala Krai, Tuan Aziz Tuan Mat menjadi individu pertama membuang undi di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kuala Krai. Beliau tiba bersama isteri, Suzana Husin di pusat mengundi jam 8 pagi.


Banda Hilir, Melaka:
Proses pengundian bagi kawasan Parlimen Kota Melaka berjalan lancar sehingga ini dengan ramai pengundi mengambil kesempatan cuaca baik untuk keluar mengundi. Setakat ini, jam 9.30 pagi, tiada sebarang insiden tidak diingini dilaporkan di kesemua pusat mengundi.

Calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Kota Melaka, Dr Yee Kok Wah, antara yang mengundi pagi ini di Sekolah Kebangsaan Covent Infant Jesus, kira-kira jam 9 pagi.

Sementara itu, calon Pas Dun Telok Mas, Harun Mohamed, turut mengundi di Sekolah Kebangsaan Alai.

Pandan:
Menurut salah seorang petugas SPR, Haryati Hassan, sehingga jam 9 pagi ini, lebih kurang 5,000 pemilih berdaftar berada di kawasan Sekolah Kebangsaan Pandan Indah untuk mengundi.

Calon PKR Parlimen Pandan, Rafizi Ramli hadir dengan ditemani isterinya, Afizsa Ashah mengundi di Sekolah Kebangsaan Pandan Indah. Rafizi dan isteri tiba kira-kira jam 9.40 pagi.

Bachok:

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussin tiba di pusat pengundian Sekolah Kebangsan Perupuk pada jam 7.55 pagi. Beliau ditemani isterinya, Datin Latifah Mohd Yusof membuang undi pada jam 8.05 pagi.

Awang Adek adalah pengundi terawal di pusat tersebut.

Sebelum melangkah masuk ke pusat pengundian, beliau diiringi penyokongnya serta iringan bacaan doa dan azan.

Tanjong Karang:

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar dan isterinya,  Datin Seri Profesor Dr Aishah Salleh tiba di pusat pengundi di Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Burong tepat jam 9 pagi untuk mengundi.

Noh yang juga calon Tanjong Karang dan isteri berpakaian sedondon berwarna biru gelap turut ditemani anak perempuannya Nurul Shazwani, 26, dan cucu, Qeesha Qaisara Mohamad Abdul Hakim, 3.

Noh ketika ditemui berkata, momentum sokongan kali ini lebih memihak kepada BN apabila melihat kesungguhan jentera pilihanraya yang sanggup bersekang mata untuk menjalankan kempen untuk memastikan kemenangan parti.

Suasana mengundi di kawasan ini agak tenang dan orang ramai mula berbaris seawal jam 7.40 pagi dan pusat pengundian dibuka tepat pukul 8 pagi.

Sementara itu, calon Pas yang bertanding menentang Noh, Mohd Rashdi Deraman turut hadir melawat di pusat mengundi sama.

Johor Bahru:

Ketua Umno Johor Bahru, Tan Sri Shahrir Abdul Samad ditemani isterinya, Puan Sri Shahrizan Abdullah hadir membuang undi di Sekolah Agama Kebun The. Beliau tiba di pusat pengundian sekitar jam 9.20 pagi selepas melakukan tinjauan di beberapa lokasi terlebih dahulu.

Sebaik sahaja tiba di lokasi, Shahrir yang memakai baju-T berwarna biru berkesempatan beramah mesra dan bertanya khabar dengan pengundi Parlimen Johor Bahru.

Di pusat pengundian yang sama, Timbalan Ketua Umno Bahagian Johor Bahru, Datuk Adam Sumiru bersama isteri, Datin Latipah Mohd Dom dan anaknya, Adillah, 27, tiba sekitar jam 8.30 pagi.

Meskipun hadir awal, beliau memilih untuk menggunakan kesempatan bersua muka dengan pengundi berdaftar pelbagai lapisan usia di Sekolah Agama Kebun Teh sementara menantikan kehadiran Shahrir.

Kedua-dua pemimpin berkenaan, selesai melakukan pembuangan undi sekitar jam 10.30 pagi sebelum beredar untuk meninjau ke pusat pengundian lain.

Bukit Gelugor:

Calon kerusi Parlimen Bukit Gelugor, Karpal Singh berpatah balik ke pusat pembuangan undi tempat beliau mengundi bagi mendpatkan penjelasan daripada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berhubung dakwat kekal yang disapu di jarinya 'hilang' setelah dicuci dengan sabun bersama air paip.

Karpal yang tiba di Sekolah Penang Free pada jam 9 pagi untuk mengundi dilihat meninggalkan pusat pembuangan undi itu 45 minit kemudian namun kembali ke lokasi berkenaan selepas 2 jam kemudian. Karpal berkata, dia mencuci jarinya selama 10 minit.


Bandar Tun Razak:

Penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza menunaikan tanggungjawabnya di Sekolah Kebangsaan Alam Damai. Siti tiba bersama pengurusnya pada jam 11.30 pagi.

Kehadiran penyangi terkenal itu di kerusi Parlimen Bandar Tun Razak mendapat perhatian ramai.

Kuala Krai:

Kesesakan lalu lintas berlaku di beberapa tempat mengundi yang terletak berhampiran jalan utama di Kuala Krai.

Antara tempat mengundi terlibat ialah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kuala Krai bagi Dun Guchil dan Sekolah Kebangsaan (SK) Peria di Dun Manek Urai.

Shah Alam :

Pusat mengundi di Sekolah Kebangsaan Seksyen 6 lengang sekitar 1 tengah hari tadi. Selain itu, tinjauan menunjukkan wujud suasana kecoh di hadapan pusat mengundi Sekolah Kebangsaan Seksyen 6 apabila penyokong PR mendakwa seorang lelaki sebagai pengundi hantu setelah mencurigai lelaki yang tersebut.

Kota Bharu :

Calon BN Dun Kok Lanas, Datuk Md Alwi Che Ahmad yakin mampu mempertahankan kerusi Dun itu yang dimenangi pada PRU12 lalu.

Bagaimanapun, menurutnya, perkara itu diserahkan kepada rakyat yang akan menentukan setelah segala usaha dan pendekatan dilakukan.

Tidak sekadar itu, beliau turut menyatakan keyakinan BN utk merampas kerusi parlimen Ketereh dari penyandangnya, Ab Aziz Ab Kadir (PKR).

Kuala Lumpur :

Keadaan lalu lintas di sekitar Lembah Klang terkawal dan hanya mengalami sedikit kesesakan pagi tadi kerana orang ramai keluar awal untuk mengundi.

"Setakat ini (petang) tiada sebarang laporan berkaitan kesesakan dilaporkan," kata jurucakap Bilik Gerakan Media Trafik Kuala Lumpur


Ketereh :

Calon PKR Parlimen Ketereh, Ab Aziz Ab Kadir yakin mempertahankan kerusi hari ini.

“Saya lihat sambutan pengundi pada hari ini amat menggalakkan dan yakin akan mengekalkan kerusi Parlimen sekali lagi,” katanya yang turut beramh mesra  dengan pengundi warga emas berkerusi roda, Limah Muda, 80-an.

Beliau ditemui Sinar Harian ketika keluar membuang undi di Sekolah Kebangsaan (SK) Padang Mokkan, di sini kira-kira jam 9 pagi tadi.

Shah Alam :

Kehadiran Perdana Menteri disambut penyokong di Dun Kota Anggerik kira-kira 1.30 tengah hari tadi.

Pada 1.40 petang- Perdana Menteri sempat menanyakan tentang proses pengundian di Dun Kota Anggerik kepada calon kerusi Dun Kota Anggerik, Mohd Yusof Din ketika hadir melawat pejabat parti BN, Seksyen 6.

Bandar Tun Razak :

Calon PKR Bandar Tun Razak, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kelihatan masuk ke pusat pengundian untuk membuang undi kira-kira jam 8.30 pagi. Proses pengundian berjalan dengan lancar dengan pondok panas Barisan Nasional (BN) dan PKR didirikan di kiri dan kanan jalan.

Sekitar jam 10 pagi, laluan ke pusat pengundian agak sesak, dipenuhi kenderaan keluar masuk ke pusat pengundian.

Pada jam 11.30, SPR dan anggota keselamatan mengarahkan orang ramai yang sudah mengundi supaya beredar segera kerana mengganggu kelancaran pengundian.

Lembah Pantai :

Pusat Daerah Mengundi (PDM) di beberapa kawasan  di Lembah Pantai termasuk di Sekolah Rendah (SK) dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bukit Bandaraya, Bangsar mulai lengang. Pemantauan Sinar Harian Online mendapati pengundi mulai berkurangan sebaik hujan pada jam 1.30 petang tadi.

Sementara itu, di PDM Sekolah Rendah Agama Sri Pantai kehadiran pengundi turut mulai berkurangan sejak jam 2 petang.

Gua Musang :

Penyandang kerusi Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah tiba di Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Sirih tepat jam 2.50 petang dan membuang undi di sekolah berkenaan pada jam 3 petang.

Beliau turut disambut oleh para penyokong termasuk calon BN Dun kota Lama, Tan Ken Ten.

Lembah Pantai :

Calon kerusi Parlimen Lembah Pantai, Datuk Raja Nong Chik Zainal Abidin bersama isteri, Datin Raja Nafesah Raja Nong Chik tiba di Pusat Daerah Mengundi (PDM) di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bukit Bandaraya, Bangsar jam 3.50 petang tadi.


Putrajaya:

Penyokong kedua-dua Pas dan Barisan Nasional (BN) masih belum berganjak dari kawasan pusat mengundi Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 9 sehingga pukul 3.30 petang.

Pemantauan Sinar Harian Online mendapati penyokong Pas mengambil pendekatan dengan memberi epal hijau, mineral berbotol hijau dan tisu muka berwarna hijau yang tertera wajah calon Pas, Datuk Husam Musa.

Dalam pada itu, penyokong BN juga tidak melepaskan peluang untuk bersama menarik undi buat kali terakhir untuk calon BN, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Selain itu, kedengaran laungan kedua-dua penyokong menyambut kehadiran pengundi.


Pasir Mas:

Calon Bebas kerusi Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali yakin akan menang apabila mendapati ramai penyokongnya keluar mengundi sejak awal pagi lagi.

Beliau yang keluar mengundi di SMK Teknik Bunit Susu jam 9.20 pagi, yakin jumlah keluar mengundi lebih 80 peratus sekiranya cuaca baik sepertimana pagi tadi.


Ampang:

Tepat jam 5 petang, pusat pengundian di SK Ampang ditutup kepada pengundi di kawasan Parlimen Ampang.

Namun tiba-tiba keadaan kecoh apabila seorang lelaki dipercayai warga Bangla tiba untuk pengundi.

Lelaki berkenaan, Abdul Karim Kamal Husin, nombor kad pengenalan, 871204075463 kemudian diminta beredar kerana waktu mengundi sudah tamat.


AKAN MENYUSUL