SEREMBAN -  Pembahagian kerusi kepada parti komponen Barisan Nasional (BN) di Negeri Sembilan bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 akan bersifat 'status-quo' iaitu kekal seperti sedia ada.

Pengerusi BN negeri, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, perkara itu telah dipersetujui semua pemimpin parti komponen selepas perbincangan bersama Presiden BN Datuk Seri Najib Tun Razak dan timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin, baru-baru ini.

"Kita akan mengekalkan pembahagian kerusi seperti sedia ada kerana dalam BN, kita perlu menghormati perkara ini, dan tambahan pula perkara itu tidak menjadi isu lagi.

"Tumpuan kita sekarang adalah untuk memastikan kemenangan BN pada pilihan raya umum kelak," katanya pada sidang akhbar selepas menghadiri Majlis Penyampaian Pinjaman dan Bantuan Zakat Pelajar Timur Tengah Kedua Sesi 2012/2013 serta Bantuan Per kapita Sekolah Agama Bantuan Kerajaan Persekutuan dan Bantuan Kerajaan Negeri Tahun 2013 di sini hari ini.

Mengulas senarai calon, khususnya dari Umno, Mohamad berkata semua bahagian sudah diberi peluang menamakan tiga calon masing-masing untuk dinilai pucuk pimpinan parti.

Mohamad, yang juga Menteri Besar Negeri Sembilan, berkata nama itu akan dinilai dan dipertimbang sebelum keputusan muktamad diumumkan.

"Kepimpinan tertinggi akan ada sumber mereka dan maklumat sebelum membuat sebarang keputusan muktamad bagi calon Umno yang akan mewakili BN pada pilihan raya umum ini.

"Namun apa yang penting, bila nama itu diumumkan kelak, anggota parti Umno perlulah hormat dan akur. Kita perlu mempunyai kesatuan dalam parti untuk mencipta kemenangan ini," katanya.

Beliau turut menjangka pilihan raya umum kali ini akan memperlihat senario yang paling sengit berikutan usaha pelbagai pihak memenanginya.

Pada majlis itu, seramai 227 pelajar yang melanjutkan pelajaran di Mesir, Jordan dan Maghribi menerima bantuan dan pinjaman berjumlah RM982,550. - Bernama

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • KUALA LUMPUR - Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak menggariskan lima faktor yang menyumbang kepada perubahan trend sokongan pengundi muda yang dilihati semakin menyebelahi Barisan Nasional (BN).
  • TEMERLOH - Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim yakin tindakan Tun Dr Mahathir Mohamed berjumpa dengan Barisan Bertindak Hak Asasi Hindu (Hindraf) tidak akan menjejaskan sokongan kaum India terhadap BN.
  • TASEK GELUGOR - BN Pulau Pinang perlu keluar dari zon selesa dan menjadi pembangkang yang kuat di Pulau Pinang bagi memastikan rakyat negeri ini kembali kepada BN, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
  • SHAH ALAM - Parti Amanah mengutuk insiden provokasi dan kekecohan petang semalam dalam program Nothing To Hide 2.0 yang menampilkan Pengerusi Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamad.
  • GURUN - Semua ahli Umno dan BN perlu fokus dan sentiasa bersedia dalam menghadapi serangan pihak tertentu terutama pembangkang pada PRU14 kerana musuh akan menyerang dari pelbagai sudut.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.