KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar mendakwa peruntukan RM2 juta daripada Kerajaan Pusat yang sepatutnya diberikan kepada beliau selaku Ahli Parlimen untuk mengadakan pelbagai program membantu rakyat, hanya diberikan kepada Umno-Barisan Nasional (BN).

Beliau mendakwa, setiap program dilaksanakan pusat khidmat Lembah Pantai, sering disabotaj, termasuk sukar memperoleh permit daripada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

“Saya harap perkara ini tidak akan terus berlaku kerana wang tersebut adalah hak rakyat yang sewajarnya diberikan kepada mereka, jadi mengapa bantuan tersebut tidak sampai,” katanya pada program penyampaian bantuan zakat kepada penduduk Lembah Pantai, di Kampung Pasir, Pantai Dalam, di sini.

Beliau menambah, pihak DBKL dan Umno juga sepatutnya berpolitik secara matang, berpegang kepada undang-undang dan tidak hanya menyokong sebelah pihak.

“Kita hairan, jika Umno mengadakan program, permit begitu mudah dapat, tetapi apabila pembangkang mengadakan program pelbagai sabotaj dilakukan.

“Mereka seharusnya menjalankan tugas dengan jujur tanpa kira siapa yang mentadbir setiap kawasan,” katanya.

Terdahulu, beliau menyampaikan bantuan wang zakat dan keperluan kepada 300 penduduk Kampung Pasir dan turut berbuka puasa dengan golongan fakir miskin, ibu tunggal dan anak yatim.

“Setiap satu sen sumbangan zakat yang diterima daripada rakyat untuk diberikan kepada golongan asnaf perlu diberikan dengan jujur tanpa berlaku penyelewengan, warna kulit dan perbezaan pemahaman politik,” katanya.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • KUALA LUMPUR - Pengarah Strategik Komunikasi BN Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan berkata tindakan Pakatan Harapan menamakan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai calon perdana menteri tidak boleh diterima oleh penyokong tegar Datuk Seri Anwar Ibrahim.
  • KUALA LUMPUR - Parti komponen BN di Pulau Pinang iaitu Gerakan dan MCA perlu bekerja lebih keras untuk bersama-sama Umno bagi menumbangkan kerajaan pimpinan DAP di negeri itu.
  • KUALA LUMPUR - Umno terus wujud dan kuat walaupun acap kali usaha 'mentalkinkan' parti itu dilakukan, khususnya melalui serangan yang berpusat kepada kepimpinan parti, kata Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
  • KUALA LUMPUR - BN sentiasa memastikan agenda pembangunan negara memberikan kesejahteraan kepada rakyat secara saksama dan sehubungan itu rakyat perlu memberi mandat kepada BN pada PRU14 bagi meneruskan agenda itu, kata Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai.
  • KUALA LUMPUR - Di sebalik inisiatif meramaikan anggota dan memperjuangkan bangsa Melayu, Umno juga perlu memainkan peranan lebih aktif berhubung isu keagamaan yang semakin mencabar sekarang.