JOHOR BAHRU – PKR mendakwa perjuangan dibawa parti itu sejak beberapa tahun lalu bagi memperjuangkan nasib rakyat, berjaya mengubah kepimpinan kerajaan Barisan Nasional (BN).

Naib Presidennya, Nurul Izzah Anwar berkata demi­kian ketika membuat ucapan penggulungannya pada Kongres Nasional Tahunan Keadilan Kelapan, sekali gus merujuk kepada pembentukan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) Berhubung Penambahbaikan Pilihan Raya.

Katanya, jawatankuasa itu ditubuhkan kerajaan BN, susulan kebangkitan rakyat menerusi Perhimpunan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) yang diadakan Julai lalu.

“Kita berjaya desak kerajaan menangguhkan akta cukai barangan dan perkhidmatan (GST). Kita juga berjaya desak ordinan darurat dibatalkan.

“Dan bersama Bersih, kita berjaya paksa BN menubuhkan PSC untuk pilihan raya yang sebelum ini tidak pernah mengakui bahawa reformasi pilihan raya itu perlu,” katanya.

Dalam ucapannya itu, Nurul Izzah turut menyeru se­luruh ahli PKR, meneruskan perjuangan keadilan semua rak­yat tanpa mengira latar belakang bangsa, agama mahupun kepercayaan, selaras dengan penubuhan PKR yang mahu membawa reformasi politik adil.