TANJONG KARANG - Perebutan kuasa dalam Pakatan Harapan (Harapan) tidak akan berkesudahan meskipun mereka 'menang' dalam pilihanraya umum akan datang.

Pengerusi BN Selangor, Tan Sri Noh Omar tidak menolak pergolakan dalaman Harapan akan terus berlaku dan seandainya menang pun, pastinya pentadbiran negara dimonopoli kroni keluarga.

"Adakah Tun akan melantik timbalan perdana menteri yang bukan anaknya? Jika betul teori saya, seandai kata Harapan menang, pentadbiran negara nanti akan dikuasai parti keluarga.

"Sebagai contoh, siapa anak bekas perdana menteri yang tersenarai bilionair? Bukan anak Allahyarham Tun Razak mahupun Tun Hussien tetapi anak Tun Mahathir," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Program Umno Bantu Rakyat di Institut Pengurusan Peladang Sungai Kajang petang tadi.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • KUALA LUMPUR - Pakatan Harapan sebagai sebuah pertubuhan yang sah sebenarnya tidak wujud, sebaliknya hanyalah sebuah "Pakatan Wayang” yang menyaksikan pakatan Tun Dr Mahathir Mohamad dengan empat parti pembangkang, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak.
  • SHAH ALAM - Pakatan Harapan (Harapan) akan sentiasa mengalu-alukan peranan golongan orang muda dalam usaha membangunkan negara.
  • PETALING JAYA - Status permohonan Pakatan Harapan untuk menjadi gabungan rasmi yang dikemukakan kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) masih tiada jawapan.
  • KUALA TERENGGANU - Pakatan Harapan (Harapan) Terengganu sedang dalam proses melengkapkan calon masing-masing yang akan diketengahkan, khususnya di peringkat kerusi Parlimen pada PRU14.
  • PETALING JAYA - Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr Mahathir Mohamad meminta Pas mengemukakan pendirian sama ada bersetuju menerima calon perdana menteri daripada Pakatan Harapan atau kekal memilih Datuk Seri Najib Tun Razak.