SENAI - Pendekatan menggunakan khidmat bomoh untuk memantapkan kedudukan mereka dalam politik menerima kecaman pengamal politik.

Veteran Umno, Mohd Yusuf Omar, 61, yang telah lebih 40 tahun bersama Umno berkata, perkara utama yang perlu dititikberatkan setiap calon mahupun individu dalam parti adalah kerja keras dan sikap tanggungjawab.

Katanya, menggunakan khidmat bomoh untuk meraih sokongan bukan hanya menyalahi syariah Islam, malah boleh menjejaskan imej parti dan menyebabkan tanggapan negatif oleh masyarakat.

“Bagi saya, perkara ini tidak betul kerana yang penting adalah kerja keras supaya usaha kita dapat dinilai oleh masyarakat dengan jelas,” katanya.

Sementara itu, Ketua Wanita Umno Bahagian Kulai, Noraini Zakaria turut menolak penggunaan bomoh bagi mengukuhkan kedudukan dalam politik dan berpendapat komitmen penuh merupakan kunci kejayaan utama dalam bidang ini.

“Setiap orang ada pendekatan masing-masing, namun bagi saya gerak kerja di peringkat awal dan komitmen yang diberikan adalah asas yang menentukan kejayaan seseorang dalam politik.

“Kerana keikhlasan dan tanggungjawab yang dipikul akan dinilai oleh masyarakat dan orang di sekeliling,” katanya.

Manakala, bagi  veteran Umno yang juga merupakan Imam Surau Taman Kota Jaya, Mohd Dom Sepawi, 70, yang telah menyertai Umno sejak usianya 20-an berkata, usaha serta memperbaiki diri dalam menambat hati masyarakat adalah jalan terbaik yang harus dilakukan setiap wakil rakyat berbanding mengambil khidmat bomoh.

“Perkara mengambil khidmat bomoh ini terdiri daripada individu dan diri masing masing. Seperti mana yang kita maklum bomoh bagi masyarakat Melayu boleh dikatakan masih kuat walaupun di tempat kita tidak ada tetapi di tempat lain ada.

“Jangan hanya kerana mahu menang, khidmat bomoh yang diambil kerana dengan tindakan tersebut jika silap jalan boleh merosakkan akidah,” katanya.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • MORIB - Dewan Himpunan Penyokong Pas (DHPP) Negeri Selangor menyifatkan 700 permohonan keahlian baharu yang diterima sejak 1 Januari hingga semalam membuktikan sokongan ahli masih tidak berbelah bahagi kepada Pas.
  • SHAH ALAM - Pas meminta Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr Mahathir Mohamad, agar tidak mencampuri urusan parti mereka.
  • PARIT BUNTAR - Pas Perak berkeyakinan tinggi bakal memenangi tambahan sepuluh kerusi Dun di samping mengekalkan lima kerusi Dun disandang parti itu ketika ini, termasuk satu kerusi Dun 'dilarikan' Amanah.
  • MACHANG - Kelibatnya cukup sinonim dengan Umno, biarpun di mana program diadakan, asalkan anjuran Umno, dia pasti ada.
  • KOTA BHARU - Dakwaan berlaku pakatan bahawa BN sudah menyerahkan Kelantan kepada Pas dalam PRU14 hanya rekaan musuh yang mahu menjatuhkan Pas.