SEBERANG JAYA - Hanya enam daripada 15 cabang PKR di Kedah menjalani proses pengundian bagi pemilihan parti itu, hari ini.

Setiausaha Jawatankuasa Pemilihan Parti Pusat (JPP), Ismail Yusof berkata, proses pengundian di sembilan cabang di negeri itu terpaksa ditangguhkan dan dibatalkan atas beberapa isu yang berlaku.

Menurutnya, sehingga jam 6 petang sembilan cabang yang terlibat ialah Sungai Petani, Sik, Kulim Bandar Baharu, Padang Serai, Baling, Langkawi, Alor Setar, Merbok dan Jerai.

“Ada juga cabang yang sudah mula membuat pengiraan undi. Untuk Pulau Pinang semua berjalan dengan lancar walaupun ada pusat pengundian yang melanjutkan tempoh mengundi,” katanya ketika dihubungi di sini.

Sebelum ini, Ismail berkata, pemilihan parti itu di beberapa kawasan di Kedah terpaksa ditangguhkan berikutan terdapat beberapa perkara yang tidak dapat dielakkan termasuk kelemahan petugas yang menjaga pusat pengundi.

[ARTIKEL BERKAITAN: Pemilihan eam cabang di Kedah ditangguhkan]

Menurutnya, walaupun mendapat rungutan daripada ramai anggota parti mengenai sistem e-voting digunakan namun ia bukan punca utama sebaliknya berikutan kelemahan petugas yang menjaga pusat mengundi mengendalikan proses pemilihan.

PULAU PINANG

13 Cabang

950 Jawatan Dipertandingkan

55,132 Ahli Berdaftar

KEDAH

15 CABANG

940 Jawatan Dipertandingkan

49,924 Ahli Berdaftar

CABANG DITANGGUHKAN PEMILIHAN

Sungai Petani

Sik

Kulim Bandar Baharu

Padang Serai

Baling

Langkawi

Alor Setar

Merbok

Jerai