KUALA LUMPUR - Pakatan Harapan akan mengemukakan permohonan untuk pendaftaran rasmi pakatan pembangkang itu kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS).

Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) Mohamad Sabu berkata, perkara berkenaan dipersetujui dalam mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan hari ini.

"Pakatan (Harapan) bersetuju untuk membuat satu logo dan satu manifesto yang sama bagi menghadapi PRU14 nanti," katanya kepada pemberita di bangunan Parlimen, hari ini.

Pakatan itu dianggotai DAP, PKR, Amanah dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia. - Bernama

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • SHAH ALAM - "Kita menentang campur tangan Amerika Syarikat (AS) ke atas mana-mana negara, begitu juga Malaysia juga tidak boleh berbuat perkara sama dalam hal-hal negara lain," demikian menurut Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu.
  • KLANG - Pimpinan Pakatan Harapan (Harapan) menolak dendam lama terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad demi mencapai kesepakatan.