KAMUNTING - Proses pembahagian kerusi Pakatan Harapan di Perak selesai hingga 60 peratus manakala baki selebihnya masih lagi dibincangkan.

Timbalan Pengerusi Amanah Perak, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin berkata, sehingga kini persetujuan telah diambil bahawa pimpinan Pakatan Harapan akan diterajui parti Bersatu.

Menurutnya, sehingga kini proses pembahagian kerusi di peringkat parlimen hampir selesai sepenuhnya.

"Namun pengagihan di peringkat negeri Perak masih lagi diteruskan kerana sehingga kini kita telah selesai antara 50-60 peratus," katanya kepada Sinar Harian, di sini hari ini.

Dalam perkembangan berkaitan, Mohamad Nizar yang juga Adun Changkat Jering berkata, selepas ini, masih ada dua atau tiga perjumpaan antara semua bagi memuktamatkan proses pemilihan kerusi yang selebihnya.

"Perjumpaan antara setiap wakil parti itu adalah bertujuan untuk berbincang tentang pengagihan baki kerusi yang masih belum selesai.

"Ketika ini kita telah masuk dalam peringkat akhir perbincangan dan dijangkakan pada penghujung September ini proses tersebut berjaya diselesai dan dimuktamatkan," katanya.

 
Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • SELAYANG - Pas Selayang menyangkal dakwaan 70 peratus ahli Pas kawasan tersebut keluar parti menyertai Amanah.
  • SHAH ALAM - Pemuda Amanah menyambut baik pendirian PKR yang memutuskan untuk meminta semua lantikan politik melibatkan wakil parti itu di Kelantan termasuk ahli majlis tempatan dan lantikan di syarikat berkaitan kerajaan negeri melepaskan jawatan berkuat kuasa serta-merta.
  • SHAH ALAM - Isu kenaikan harga petrol yang bermula semalam adalah agenda terbaik yang perlu digunakan oleh semua sekretariat Pakatan Harapan Parlimen Perak untuk menolak BN pada PRU14.
  • SHAH ALAM - Amanah menyifatkan kenyataan dua pemimpinnya mengenai jumlah kerusi yang parti itu akan bertanding pada PRU14 sebagai pendapat peribadi.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.