IPOH - Pembahagian kerusi Parlimen Pakatan Harapan diagihkan mengikut keupayaan parti-parti komponen untuk menang di kawasan tersebut.

Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming berkata, matlamat utama pembahagian kerusi itu dibuat adalah untuk mencapai kemenangan Pakatan Harapan sekaligus mengusai kerajaan persekutuan.

Katanya, semua pihak perlu akur dan memberikan sokongan penuh kepada rakan-rakan parti agar hasrat menumbangkan BN pada PRU14 tercapai.

"Rakyat kini sudah nampak hala tuju Pakatan Harapan lepas kita namakan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai perdana menteri. Bukan itu sahaja, ia mencetuskan kebimbangan dalam kalangan pemimpin BN sendiri.

"Kalau kita dengar reaksi pimpinan MCA, Umno dan komponen BN yang lain tentang PM Pakatan Harapan, mereka nampak dah panik," katanya kepada Sinar Harian, hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas mengenai pembahagian kerusi Parlimen kepada parti-parti Pakatan Harapan.

Kor Ming berkata, jumlah kerusi bertanding tidak penting sebaliknya jumlah kerusi yang dimenangi lebih penting kerana setiap parti mempunyai tugas masing-masing untuk menumbangkan BN pada PRU14 nanti.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata, manifesto Pakatan Harapan juga sudah 95 peratus siap dan dijangka diumumkan tidak lama lagi.

Ditanya mengenai pembahagian kerusi Pakatan Harapan Perak, Kor Ming menjelaskan, segala rundingan telah diselesaikan seawal bulan Disember lalu.

"Kita sedang menunggu pengumuman yang akan dibuat Majlis Presiden bagi pembahagian kerusi di peringkat negeri," katanya.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • KUALA LUMPUR - Pakatan Harapan sebagai sebuah pertubuhan yang sah sebenarnya tidak wujud, sebaliknya hanyalah sebuah "Pakatan Wayang” yang menyaksikan pakatan Tun Dr Mahathir Mohamad dengan empat parti pembangkang, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak.
  • SHAH ALAM - Pakatan Harapan (Harapan) akan sentiasa mengalu-alukan peranan golongan orang muda dalam usaha membangunkan negara.
  • PETALING JAYA - Status permohonan Pakatan Harapan untuk menjadi gabungan rasmi yang dikemukakan kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) masih tiada jawapan.
  • KUALA TERENGGANU - Pakatan Harapan (Harapan) Terengganu sedang dalam proses melengkapkan calon masing-masing yang akan diketengahkan, khususnya di peringkat kerusi Parlimen pada PRU14.
  • PETALING JAYA - Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr Mahathir Mohamad meminta Pas mengemukakan pendirian sama ada bersetuju menerima calon perdana menteri daripada Pakatan Harapan atau kekal memilih Datuk Seri Najib Tun Razak.