Pecat sekarang memang bukan tindakan bijak

Datuk Abdul Rahman Dahlan pada sidang media selepas mengadakan lawatan ke Projek Perumahan Rakyat (PPR) Wangsa Sari, Wangsa Maju, di Kuala Lumpur, hari ini. - Foto Sinar Online oleh NIZAM ZAIN.
A
A

KUALA LUMPUR - [VIDEO] Pendekatan Umno untuk memecat beberapa pimpinannya menjelang mesyuarat Majlis Tertinggi parti itu bukan satu tindakan yang bijak pada masa ini. Ahli MT Umno, Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata, parti itu sudah cukup berdepan dengan pelbagai kesukaran dan beliau sendiri tidak dimaklum tentang perkara tersebut. "Saya tiada di sini, saya akan pergi ke luar negara, patutkah saya balik? Saya tak tahu. Jauh dalam hati saya, saya tak fikir (berlaku pemecatan), saya tidak dipanggil berunding pun. "Secara peribadi saya tidak fikir ia tindakan yang bijak untuk dilakukan, bukan pada masa ini, kita sudah cukup dengan kesukaran sedia ada," katanya pada sidang media selepas lawatan ke PPR Wangsa Sari, Wangsa Maju, di sini, hari ini. Awal minggu ini, tersebar khabar di media sosial kononnya Timbalan Presiden, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Naib Presidennya, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal akan disingkirkan daripada Umno yang bakal diputuskan dalam mesyuarat Majlis Tertinggi Umno, Rabu depan. Turut tersenarai dalam pemecatan itu ialah Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir; Ahli Parlimen Kulim Bandar Baru, Datuk Abdul Aziz Sheikh Fadzir, bekas Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said dan bekas Exco Perak, Datuk Hamidah Osman.


Bermula dengan hanya RM5 anda telah menyokong Berita Fakta dan Komprehensif kami, sokong berita kami.
Terima Kasih Rakyat Malaysia

×