SERI ISKANDAR - Pas mengumumkan empat calon bagi kerusi yang akan ditandingi di Perak.

Pengumuman itu dibuat sendiri Presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang ketika program Gelombang Hijau Perak PRU14 di perkarangan SRITI At-Taalim Taman Gemilang, Seri Iskandar malam ini.

Mereka yang dimumkan ialah Naib Presiden Pas Idris Ahmad bertanding di kerusi Parlimen Bukit Gantang, Pesuruhjaya Pas Perak Razman Zakaria di kerusi Dun Semanggol, Ketua Penerangan Pas Kawasan Bagan Datuk Ata Abdul Munim Hasan Adli di kerusi Parlimen Bagan Datuk dan Ketua Dewan Muslimat Pas Dr Najihatusalehah Ahmad di kerusi Parlimen Parit.

Abdul Hadi berkata, senarai calon selebihnya akan diumumkan pada 19 April depan.

Difahamkan pengumuman penuh nama calon akan dilakukan di Ipoh Rabu ini.