TEMERLOH - Pas meletakkan enam calon untuk bertanding di kerusi Parlimen dan 21 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Pahang.
   
Pesuruhjaya Pas Pahang Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata kerusi Parlimen itu ialah Maran, Rompin, Kuala Krau, Lipis, Temerloh dan Jerantut.
   
Calon-calonnya terdiri daripada Ketua Pemuda Pas Pusat, Nasrudin Hassan (Temerloh), Timbalan Pesuruhjaya Pas Pahang, Dr Hamzah Jaafar (Jerantut), Ketua Pemuda Pas Pahang, Sharil Azman Abdul Halim (Kuala Krau), Ketua Dewan Muslimat, Nuridah Mohd Salleh (Rompin), Ahli Pas Maran, Mujibur Rahman Ishak (Maran) dan Ahli Pas Lipis, Muhyiddin Razali (Lipis).
   
Tuan Ibrahim berkata daripada 21 calon untuk Dun, 18 daripadanya adalah muka baharu.
   
Beliau akan bertanding di Dun Jengka dan bakal berdepan penyandang dari BN, Wan Salman Wan Ismail.
 
Calon bagi kerusi DUN lain ialah Raslan Zainal (Padang Tengku), Tengku Shah Amir Tengku Perang (Dong), Sulaiman Md Derus (Sungai Lembing), Yusoff Embong (Panching), Othman Bakar (Pulau Manis), Abu Kassim Manaf (Peramu Jaya).
   
Shahrulnizam Abdul Holiff (Luit), Hasenan Harun (Chenor), Kamal Ashari (Kerdau), Syed Hamid Syed Mohamed (Kuala Semantan), Abdul Hamid Bahatim (Pelangai), Musaniff Abdul Rahman (Guai), Syukri Ahmad (Bukit Ibam).
   
Mohd Fadzil Mohd Ramli (Tioman), Andansura Rabu (Beserah), Yohanis Ahmad (Pulau Tawar), Zakuan Ahmad Badaruddin (Tahan), Abdul Karim Nor (Jelai), Rosli Abdul Jabar (Tanjung Lumpur) dan Syed Mohamad Anis Syed Husin (Inderapura).  - Bernama

 
Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • SHAH ALAM - Pas mutakhir ini menjadi sasaran serangan bertali arus oleh Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr Mahathir Mohamad yang melantunkan ratapan, simpati dan rajuk politiknya bagi meraih sokongan.
  • MARANG - Pemuda Pas menyifatkan Pengerusi Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamad tidak pernah mahu berubah malah kini sanggup menjadi pelindung kepada DAP.
  • SHAH ALAM - Asas kenyataan Pas bahawa undi Pakatan Harapan bererti memberi undi kepada DAP, dibuktikan sendiri oleh Amanah, Bersatu dan PKR.
  • KOTA BHARU - DAP jelas tidak menghormati sensitiviti umat Islam di negara ini apabila terus menyokong pesta arak yang dijadual diadakan di ibu negara bulan depan, kata Setiausaha Pas Kelantan, Datuk Che Abdullah Mat Nawi.
  • KOTA BHARU - Pas mengulangi pendirian untuk tidak akan menjalinkan apa-apa hubungan tahaluf siyasi dengan PKR.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.