KUALA LUMPUR - Pemuda Pas menafikan bahawa parti itu semakin 'membisu' dalam mendepani isu-isu melibatkan kepentingan rakyat.

Ketua Pemudanya, Muhammad Khalil Abdul Hadi berkata, Pas mempunyai cara tersendiri selaras dengan pegangan Gagasan Politik Matang dan Sejahtera yang diamalkan Pas kini.

"Sesuatu tindakan tidak perlukan sikap agresif tetapi yang lebih penting adalah tindakan matang.

"Tindakan yang matang ini ada ketika kita perlu diam, ada ketika kita perlu respons ada ketika kita perlu berbincang dan penyelesian ada yang boleh kita buat terus serta ada yang memerlukan masa. Jadi kita lihat pada suasana dan keadaan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada  sidang media bersama Pemuda Ikatan Malaysia di Ibu Pejabat Pas Pusat, di sini hari ini.

Beliau mengulas berhubung dakwaan yang mengatakan bahawa Pas kini makin 'senyap' tatkala berhadapan dengan isu melibatkan kepentingan rakyat.

Mengambil isu kenaikan harga minyak misalnya, Muhammad Khalil berkata, Pas bercakap soal tersebut sejak sebelum penubuhan Pakatan Rakyat lagi.

"Kita bercakap soal isu minyak sejak dulu lagi...sebelum ada Pakatan Rakyat dan kita dah cakap isu kos sara hidup ini bukan  kali pertama cuma kita ada penyelesaian kita sendiri sepertinya yang saya sebut tadi," katanya.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • KOTA BHARU - Jika benar mahu menumbangkan Pas, Datuk Husam Musa tidak perlu mencalonkan orang lain untuk bertanding di kerusi Dun Panchor, yang kini digalas Naib Presiden Pas, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.
  • AMPANG - Seramai 547 ahli Umno dan Pas telah mengambil keputusan untuk meninggalkan parti tersebut dan menyertai Bersatu Bahagian Ampang.
  • KUALA TERENGGANU - Beberapa wakil rakyat khususnya dari BN dan Pas yang tidak sehaluan dengan parti masing-masing dijangka akan menyertai Pakatan Harapan menjelang PRU14.
  • SHAH ALAM - Pas menyifatkan wujud sesetengah pihak yang pada dasarnya sebagai musuh politik dan aliran pemikiran tetapi sanggup bersatu demi menyerang Islam dan umatnya.
  • KOTA BHARU - Pas secara sinis menjelaskan tindakan Adun Anak Bukit, Amiruddin Hamzah yang bertindak keluar parti dilihat lebih 'jantan' berbanding dengan Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar.