•  Abd Rani Osman Abd Rani Osman
1 /

SHAH ALAM – Pas Selangor tidak mengeluarkan arahan kepada ahlinya untuk menghadiri  ‘Pesta Rakyat Tuntut Kembalikan Demokrasi 505’ di Petaling Jaya, Sabtu ini.

Pesuruhjayanya, Dr Abd Rani Osman berkata, bagaimanapun pihaknya tidak menghalang sesiapa yang mahu menyertai perhimpunan itu.

“Pas tidak halang sesiapa yang mahu hadir ke perhimpunan itu tetapi tidak akan mengeluarkan arahan kepada ahli supaya menyertainya, ia terpulang kepada individu,” katanya kepada Sinar Harian.
Dalam masa sama, beliau memutuskan mengikut keputusan Pas Pusat untuk tidak  menyertai perhimpunan itu.

“Saya ikut keputusan Pas Pusat. Jika kepimpinan atas kata tidak akan sertai, maka saya pun akur,” katanya.

Semalam, Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali menyatakan Pas tidak akan menyertai himpunan 505 yang dianjurkan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) pada 25 Mei ini.

Mustafa menegaskan, parti itu hanya akan menyertai himpunan yang dianjurkan PR sahaja.

Pada 20 Mei lalu, Gabungan NGO Suara Rakyat 505 mengumumkan akan menganjurkan ‘pesta rakyat bagi mengembalikan demokrasi di curi’ secara besar-besaran di Petaling Jaya sebelum diikuti siri lain di seluruh negara.