RAUB – Pas Kawasan Raub menyifatkan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) bakal menunjukkan perlawanan paling sengit dalam sejarah negara.

Setiausaha Pas Kawasan Raub, Dr Mohamed Nilam Abdul Manap berkata, pembubaran parlimen kali ini paling dinantikan semua pihak sama ada Pakatan Rakyat (PR) mahupun Barisan Nasional (BN).

Menurutnya, pengundi juga sentiasa bersedia di hadapan televisyen ataupun menerusi media lain untuk menunggu keputusan pilihan raya bagi setiap kawasan parlimen.

“Parlimen Raub antara kerusi menjadi sasaran PR untuk ke Putrajaya dan kita pasti berusaha untuk mendapatkannya.

“Malah, Dun Dong yang selama ini menjadi kubu kuat Umno juga dalam keadaan terancam kerana Pas berpotensi untuk memenangi kerusi itu buat julung kalinya,” katanya.

Mohamed Nilam berkata, tema ‘Pakat Ubat Dong Kite’ akan dijulang sepanjang musim berkempen PRU13 di kawasan Dun Dong.

Malah katanya, Program Jelajah Treler Negara Berkebajikan juga akan diadakan di Dataran Pekan Dong pada jam 12 tengah hari, hari ini.

“Kita (Pas Kawasan Raub) menjemput semua penyokong Pas dan PR Raub untuk meraikan ketibaan treler berkenaan.

“Sekiranya majlis berjalan lancar, pemimpin Pas akan menyampaikan ucapan dalam usaha meneruskan momentum perjuangan di kawasan ini,” katanya.

 
Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • SHAH ALAM - Pas mutakhir ini menjadi sasaran serangan bertali arus oleh Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr Mahathir Mohamad yang melantunkan ratapan, simpati dan rajuk politiknya bagi meraih sokongan.
  • MARANG - Pemuda Pas menyifatkan Pengerusi Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamad tidak pernah mahu berubah malah kini sanggup menjadi pelindung kepada DAP.
  • SHAH ALAM - Asas kenyataan Pas bahawa undi Pakatan Harapan bererti memberi undi kepada DAP, dibuktikan sendiri oleh Amanah, Bersatu dan PKR.
  • KOTA BHARU - DAP jelas tidak menghormati sensitiviti umat Islam di negara ini apabila terus menyokong pesta arak yang dijadual diadakan di ibu negara bulan depan, kata Setiausaha Pas Kelantan, Datuk Che Abdullah Mat Nawi.
  • KOTA BHARU - Pas mengulangi pendirian untuk tidak akan menjalinkan apa-apa hubungan tahaluf siyasi dengan PKR.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.