SHAH ALAM - "Baru di peringkat kemungkinan," itu respon Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar berhubung sasaran Pas untuk bertanding di 80 kerusi Parlimen pada PRU14, termasuk dikerusi yang dipegangnya.

Nurul Izzah yang juga Naib Presiden PKR berkata, namun besar harapannya agar Pas menimbangkan perkara yang lebih penting sebelum bertindak sedemikian.

"Saya masih lagi berharap agar Pas meletakkan keutamaan menjatuhkan BN sebagai agenda keutamaan politik Malaysia," katanya ringkas kepada Sinar Online.

[ARTIKEL BERKAITAN: Lembah Pantai, Batu antara 80 Parlimen sasaran Pas]

Terdahulu memetik kenyataan Naib Presiden Pas, Idris Ahmad, parti itu meletakkan sasaran untuk bertanding di 80 kerusi Parlimen pada PRU14 dan tidak menolak kemungkinan bertanding di kerusi tradisi DAP dan PKR.

Walau bagaimanapun, angka dan kawasan baharu belum dimuktamadkan dan perincian itu masih dibuat oleh jentera pilihan raya sebelum keputusan dimuktamadkan oleh Pas pusat.

Beliau berkata, Pemuda Pas Wilayah Persekutuan mensasarkan sembilan kerusi Parlimen di Wilayah Persekutuan yang akan ditandingi iaitu Titiwangsa, Putrajaya, Labuan, Bandar Tun Razak dan Wangsa Maju.

Kerusi lain adalah Setiawangsa, Lembah Pantai, Batu dan Segambut, katanya kepada pemberita selepas merasmikan Muktamar Tahunan Pemuda Pas Wilayah Persekutuan di sini, semalam.

Pada PRU13 lalu, Nurul Izzah berjaya mempertahankan kerusi Parlimen Lembah Pantai selepas mendapat 18,922 undi mengalahkan calon BN, Datuk Raja Nong Chik yang mendapat 14,940 undi.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • KUALA LUMPUR - Hukuman penjara 30 bulan terhadap Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli dan bekas keraninya, Johari Mohamad menimbulkan persepsi tiada perlindungan setimpal terhadap pemberi maklumat di negara ini.
  • BUKIT MERTAJAM - Pengakuan terhadap kegagalan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) membuktikan apa yang dibangkitkan oleh bekas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini adalah benar.
  • MARANG - VIDEO] Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar menyifatkan keputusan menamakan Pengerusi Harapan, Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai calon perdana menteri adalah satu keputusan tepat.
  • SHAH ALAM - Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar menerima permohonan maaf Pengerusi Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamad yang dibuat pada mesyuarat agung tahunan parti itu, semalam.
  • SHAH ALAM - Penetapan kategori skim anggota keselamatan dan kesihatan sebagai pengundi pos pada PRU14 dilihat sebagai isyarat seolah-olah akan berlaku permainan kotor melibatkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).