• Tuan Ibrahim Tuan Man Tuan Ibrahim Tuan Man
1 /

SHAH ALAM – Ketua Penerangan Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menegaskan nama-nama calon yang akan bertanding mewakili parti tersebut pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) akan diumumkan secara serentak di seluruh negara oleh presiden parti.

Menurutnya, tiada sebarang tarikh rasmi dikeluarkan sehingga kini bagi menghebahkan nama calon kerana masih dalam rundingan.

“Tentang umum nama calon kita tak boleh pastikan lagi, mungkin selepas hebah manifesto PRU13 peringkat negeri baru senarai akan dikeluarkan.

“Mungkin minggu depan, tetapi kita hanya menunggu dan bergantung kepada tarikh penamaan calon yang akan ditetapkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) nanti,” katanya.