SHAH ALAM - Ketua Pegawai Eksekutif Institut Demokrasi dan Hal Ehwam Ekonomi (Ideas) menyatakan Pas perlu beri jawapan tuntas terhadap jemputan Umno.

Wan Saiful Wan Jan berkata, Mustafa merupakan orang lama dalam pas dan pernah menjadi pemimpin kanan parti.

"Apabila beliau membuat kenyataan sebegitu, sudah pasti ada sebabnya.

“Saya rasa sebab utama ialah beliau berasakan ahli biasa semakin keliru dengan sikap sebenar Pas terhadap Umno.

"Sekejap kata musuh, sekejap kata kawan. Bila pilihan raya, sikap sesebuah parti mesti jelas,” katanya.

Tegasnya, jika Pas mahu Umno menang dalam PRU14, maka perlu ada perbincangan jelas dengan BN.

“Begitu jika Pas mahu Umno kalah, mereka  mesti ada perbincangan jelas dengan Harapan.

"Dalam suasana sekarang, ambil sikap duduk di tengah hanya menyebabkan wujud tuduhan liar bahawa Pas ini hipokrit, tidak tentu haluan dan sebagainya. Semua ini boleh dihentikan jika pendirian ada tuntas,” katanya.

 

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • SHAH ALAM - Hasrat Pas untuk bertanding 40 kerusi pada PRU14 akan datang merupakan cita-cita yang begitu tinggi, demikian menurut penganalisis politik Ideas, Wan Saiful Wan Jan.
  • SHAH ALAM - Pakatan Harapan seharusnya tidak lagi memperjuangkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri Malaysia ketujuh, kata penganalisis Politik Ideas, Wan Saiful Wan Jan.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.