Mohamed Aziz
$entry.content.caption.value
BATU PAHAT – Pas akan terus dianggap dayus jika tidak berani bersuara dan hanya mengikut telunjuk Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang semakin hari semakin berani ‘mengawal’ parti berkenaan.
 
Timbalan Pengerusi Tetap Umno, Datuk Mohamed Aziz mendakwa, Pas juga sudah berbeza berbanding dahulu kerana pemimpin mereka tidak lagi mementingkan Islam akibat terlalu tamakkan kedudukan dan bercita-cita menawan Putrajaya.
 
Mohamed berkata, Pas seharusnya sedar parti mereka digunakan Anwar untuk menjayakan impiannya dan mereka tidak akan mendapat manfaat jika beliau menang.
 
“Dulu Pas kata perjuangkan Islam... sekarang tidak lagi. Mereka ini sebenarnya memperjuangkan sekutu Israel iaitu Anwar, selain mereka termakan janji Anwar yang terlalu pandai berkata-kata.
 
“Harap ahli Pas akan sedar, jangan terus terpengaruh dengan janji kosong Anwar. Kerana Anwarlah, Pas sudah rosak sekarang,” katanya pada Program Lestari Rakyat, Jawatankuasa Penyelarasan Mukim-mukim (JPMM) Dun Parit Raja, di Kampung Sri Pandan, semalam.

www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.