GEORGETOWN - Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, Pas berdepan risiko kehilangan Kelantan pada PRU14 berikutan keengganan parti itu kembali menyertai pakatan pembangkang.

"Pas akan masih mempunyai sokongan penyokong tegarnya tetapi mereka akan berdepan 'kekalahan' di semua tempat (ditandinginya pada PRU14 nanti)” dan malah berisiko kehilangan Kelantan,” katanya.

Guan Eng yang juga ketua menteri Pulau Pinang mendakwa Pas tidak boleh membentuk sebuah kerajaan baharu kerana parti itu tidak mempunyai cita-cita untuk menjadi kerajaan.

Beliau berkata demikian pada sidang media ketika diminta mengulas kenyataan Pakatan Harapan baru-baru ini yang memutuskan untuk tidak bekerjasama dengan Pas pada PRU14.

Sehubungan itu, Lim mengingatkan parti-parti gabungan dalam Pakatan Harapan untuk tidak berharap Pas akan kembali menyertai pakatan pembangkang.

Beliau mendakwa Pas kini dilihat lebih cenderung untuk bekerjasama dengan Barisan Nasional (BN) dan berikutan itu Pakatan Harapan perlu bersedia untuk menghadapi pertandingan tiga penjuru pada PRU14. - Bernama

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • BALING - Pas akan melaksanakan dua sistem pencukaian mengikut kaedah Islam bagi menggantikan GST yang membebankan rakyat sekiranya mentadbir negara.
  • KOTA BHARU - Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, parti itu berpeluang bertanding lebih banyak kerusi pada pilihan raya umum ke-14 kerana kini tidak lagi terikat dengan mana-mana pihak atau pakatan kecuali Gagasan Sejahtera.
  • SHAH ALAM - Pas mutakhir ini menjadi sasaran serangan bertali arus oleh Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr Mahathir Mohamad yang melantunkan ratapan, simpati dan rajuk politiknya bagi meraih sokongan.
  • MARANG - Pemuda Pas menyifatkan Pengerusi Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamad tidak pernah mahu berubah malah kini sanggup menjadi pelindung kepada DAP.
  • SHAH ALAM - Asas kenyataan Pas bahawa undi Pakatan Harapan bererti memberi undi kepada DAP, dibuktikan sendiri oleh Amanah, Bersatu dan PKR.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.