TASEK GELUGOR - Pas bakal bertanding di 160 kerusi pada PRU14.

Perkara ini diungkapkan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam ucapannya dalam majlis pelancaran Gagasan Sejahtera di Pongsu Seribu tadi.

Abdul Hadi berkata pada mulanya diperbincangkan 130 kerusi.

"Alhamdulillah, hasil perbincangan Pas akan bertanding di 160 kerusi dalam PRU 14 ini.

"Insya-ALLAH ia akan termasuk calon-calon daripada Gagasan Sejahtera," katanya.