KUALA LUMPUR - Parti komponen BN akan mengadakan perjumpaan bagi membincangkan pindaan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau Akta 355 pada minggu ini.

Presiden MIC, Datuk Seri Dr S. Subramaniam berkata semua pimpinan tertinggi parti komponen BN akan mengadakan perjumpaan bersama Perdana Menteri yang juga Pengerusi BN Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Kita tunggu sampai perjumpaan itu, dan selepas itu sahaja kita tahu apa yang telah dicadangkan dan apa yang akan menjadi pendirian kita selepas itu," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini hari ini.

Beliau berkata dalam pertemuan bersama Najib dua minggu lepas, MIC telah menyatakan pendiriannya dan menyatakan bahawa perdana menteri memahami kedudukan MIC dalam isu itu.

Pada 17 Mac, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan bahawa kerajaan akan membentangkan RUU 355 sebagai usaha untuk memartabatkan agama Islam tanpa menjejaskan pihak lain.- Bernama

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • ALOR SETAR - Parti Amanah Negara (Amanah) akan membawa usul persendirian bagi membolehkan tiga rang undang-undang (RUU) dibentangkan dalam persidangan Dewan Rakyat nanti.
  • GOMBAK - Pas memberi gambaran Rang Udang-Undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau Akta 355 bakal dibentangkan selepas PRU14.
  • SHAH ALAM - Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengucapkan penghargaan beliau di atas sokongan orang ramai mengenai pindaan Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016, atau RUU 355.
  • SHAH ALAM - Usul pindaan Rang Undang-Undang (RUU) Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau RUU 355 mendapat banyak reaksi daripada pemimpin dan juga rakyat di negara ini.
  • PUTRAJAYA - Perlu fahami pendekatan konsensus diamalkan BN berhubung pembentangan Rang Undang-Undang (RUU) untuk meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau RUU 355, kata Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.