SHAH ALAM - Bekas ahli Bersatu, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan berazam ingin menjadi rakan kepada Pakatan Harapan sekiranya parti baharu yang dibentuk bersama bekas senator, Mohamad Ezam Mohd Nor diluluskan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS).

Menyatakan yang itu merupakan langkah pertama diambil sekiranya partinya tertubuh, Khairudin berkata, agenda yang mahu dilaksanakan adalah untuk memantapkan Pakatan Harapan khususnya menarik seramai mungkin golongan muda untuk terus menyokong pembangkang secara konsisten, berterusan dan menyeluruh.

"Insya-ALLAH, dengan izin ALLAH sekiranya parti baru kami diluluskan pendaftaran oleh RoS maka perkara pertama yang Ezam serta saya lakukan adalah untuk memohon menjadi rakan 'coalition' dalam Pakatan Harapan.

"Kaedah lain untuk nak capai persefahaman serta penyatuan di antara parti-parti pembangkang amat penting. Perbagai metodologi boleh digunakan asalkan matlamat perpaduan sesama kita tercapai. Itu yang penting," katanya.

Menurutnya lagi, apa yang berlaku hari ini selaras dengan kehendak Pengerusi Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamad yang mahukan penyatuan antara seluruh barisan pembangkang.

"Ini merupakan berita yang amat menggembirakan saya. Ini yang sepatutnya dilakukan dari awal lagi.

Kita harus perkemas serta perkuatkan kedudukan rumahtangga sendiri di samping terus berusaha berunding dengan Pas," katanya lagi.

Ezam pada 16 Mac lalu dilaporkan masih belum memberikan kenyataan rasmi berhubung parti baharu yang dirancang ditubuhkan bersama Khairuddin.

Namun Khairuddin berkata, parti itu ditubuhkan khusus untuk memerangi gejala rasuah yang berlaku di negara ini.

Biarpun masih di peringkat permulaan, namun parti itu mensasarkan golongan muda khususnya generasi Y bagi mengelakkan diri daripada rasuah.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • SHAH ALAM - Naib Presiden Pakatan Harapan, Salahuddin Ayub membidas kenyataan sesetengah pihak yang mengatakan Himpunan Sayangi Malaysia, Hapuskan Kleptokrasi, sebagai gagal.
  • ALOR SETAR - Pakatan Harapan (Harapan) memberi tempoh sebulan kepada rakyat Kedah untuk menyalurkan pandangan dan input daripada akar umbi untuk disenaraikan sebagai cadangan draf manifesto PRU14, sebelum ia dimuktamadkan.
  • SHAH ALAM - Jelas terbukti khidmat Pakatan Harapan kepada rakyat jauh lebih baik berbanding BN berdasarkan keputusan kaji selidik Sinar Harian.
  • SHAH ALAM - Biarpun terpaksa memutuskan kerjasama politik dengan Pakatan Harapan, Pas Selangor dilihat tetap kukuh apabila masih menjadi pilihan majoriti rakyat jika dibandingkan dengan parti penggantinya, Amanah.
  • BANDARAYA MELAKA - Pakatan Harapan negeri Melaka yang terdiri daripada PKR, DAP, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan Parti Amanah Malaysia (Amanah) mengumumkan Adly Zahari sebagai pengerusi gabungan empat parti pembangkang itu.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.