SHAH ALAM - Pakatan Harapan (Harapan) bersedia menjadikan Johor sebagai lima negeri termaju dalam Malaysia sekiranya pakatan terbabit memenangi PRU akan datang.

Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang berkata, pihaknya berjanji akan membawa perubahan di negeri selatan itu, yang dilihat mempunyai potensi yang amat besar menjadi antara negeri termaju di negara ini.

“Kalau kita lihat kedudukan negeri Johor dalam senarai Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) per kapita, negeri ini menduduki tangga ke-9, di bawah negeri Melaka, Negeri Sembilan serta Pahang.

“Sekiranya Harapan berjaya menawan Johor, kami akan memastikan situasi negeri ini berubah,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Menurutnya, pakatan itu akan melakukan tiga perkara penting sekiranya berjaya memenangi negeri Selat Tebrau itu dan salah satunya adalah menjalankan satu inkuiri awam bagi menyiasat beberapa syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang disyaki terlibat dalam jenayah penyalahgunaan kuasa serta pecah amanah.

Perkara yang kedua yang boleh dilakukan oleh Harapan adalah memberi bukti bahawa mereka mampu mentadbir Johor dengan baik dan memperkenalkan agenda yang mempunyai kepentingan terhadap majoriti rakyat negeri itu.

“Oleh itu, empat parti komponen dalam Harapan perlu memberi keyakinan dari sekarang supaya rakyat mengundi mereka ketika PRU14, yang mungkin berlangsung tidak lama lagi.

“Pada masa sama, kita perlu berhati-hati dengan segala ‘operasi belakang tabir’ atau kempen propaganda yang mungkin dilakukan BN dan Umno dengan  menyerang pemimpin Pakatan Harapan,” tegasnya.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • SEREMBAN - Meskipun Pas kini sudah bergerak solo, namun kekuatannya tidak boleh dipandang rendah kerana parti itu mempunyai pengaruh tersendiri.
  • SHAH ALAM - Ketua Parlimen DAP berang apabila program Pakatan Harapan (Harapan) yang sepatutnya berlangsung di Kampung Bakar Batu, Johor Bahru, tidak diadakan kerana diganggu pihak tertentu.
  • SHAH ALAM - DAP mempersoalkan tindakan kerajaan dan pihak berkuasa, yang didakwanya tidak mengambil tindakan secukupnya terhadap penyebaran berita palsu di media sosial sebelum ini.
  • IPOH - DAP Perak yakin mampu mengekalkan kerusi Dun Tebing Tinggi walaupun berlaku persempadanan semula kawasan pilihan raya hingga menyebabkan komposisi pengundi berubah.
  • IPOH - Pembangkang mendesak agar badan pemerhati asing dijemput memantau perjalanan PRU14 bagi memberi keyakinan kepada rakyat terhadap integriti pilihan raya yang bakal dijalankan.