KUALA LUMPUR - Orang Islam di Malaysia secara umumnya dilihat memperjuangkan soal akidah namun begitu akhlaknya tertinggal.

Presiden Amanah, Mohamad Sabu berkata, akhlak orang Islam ini boleh dilihat pada orang Korea.

"Secara umum mudah hendak faham, orang Islam di Malaysia memperjuangkan soal akidah, syariah dan itu sangat bagus, tetapi akhlak Islam ada pada orang Korea.

"Hal ini kerana mereka bangun lawan rasuah, sehingga setiap presiden yang terlibat dengan rasuah dihumban keluar," katanya ketika ucapan perasmian Seminar Pemikiran Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat di Dewan Himpunan Cina Selangor-Kuala Lumpur.

Sementara itu, Mat Sabu mendakwa perkara ini tidak diketengahkan menjadikan orang Islam kebelakang.

"Walaupun akidah ada kepada kita (orang Islam) dan orang Islam dan ajaran Islam meletakkan soal rasuah bahawa balasannya neraka, ia tidak diambil berat.

"Termasuk mereka yang memperjuangkan hukum syariat itu sendiri tidak menjadikan rasuah agenda utama untuk dilawan, menjadikan kita terus kebelakang dan tidak mendapat manfaatnya," katanya lagi.

Justeru, beliau meminta agar orang Islam wajar pertahankan akidah dan akhlak seperti yang dijelmakan Nabi Muhammad SAW.

"Kita wajar mempertahankan akidah dan mahukan  akhlak yang dijelmakan Rasulullah SAW terutama dalam soal 'good governance'," katanya.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • SHAH ALAM - "Kita menentang campur tangan Amerika Syarikat (AS) ke atas mana-mana negara, begitu juga Malaysia juga tidak boleh berbuat perkara sama dalam hal-hal negara lain," demikian menurut Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu.
  • KLANG - Pimpinan Pakatan Harapan (Harapan) menolak dendam lama terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad demi mencapai kesepakatan.