PUTRAJAYA - Perdana Menteri yang juga Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak masih mendapat sokongan daripada ahli-ahli parti di setiap peringkat.

Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman berkata, kenyataan Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli bahawa ahli Umno akan menyingkirkan Najib daripada jawatan Perdana Menteri selepas PRU14, adalah tidak berasas.

“Yang saya tahu sekarang ini Najib mendapat sokongan yang jitu daripada kepimpinan Umno di peringkat bahagian.

“Ketua-ketua bahagian, sayap-sayap di peringkat bahagian dan akar umbi memberi sokongan padu kepada Najib sebagai presiden parti,” katanya di majlis Hari Raya Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani,  hari ini.

Sebelum ini, Rafizi dilaporkan berkata, berdasarkan kajian Invoke, Najib akan tetap digulingkan oleh ahli Umno sendiri walaupun jika Pakatan Harapan tidak memenangi PRU14.

Tajuddin yang juga Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani berkata, Rafizi mempunyai niat yang tidak baik terhadap Umno.

“Kajian Rafizi ini bukan kajian pun, hanya mahu memporak-perandakan Umno supaya bergaduh sesama sendiri, itu harapan dia. Saya beri jaminanlah benda ini tak akan berlaku,” katanya.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • SHAH ALAM - Pendirian bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak perlu dipersoalkan lagi memandangkan kedua-dua pihak sudah berdamai.
  • KOTA TINGGI - "Saya minta maaf sebab saya terlibat menaikkan (Datuk Seri) Najib jadi PM (perdana menteri).. Saya silap sepatutnya saya angkat Mat Sabu jadi PM,"seloroh mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad ketika berucap pada Majlis Sambutan Hari Raya Pakatan Harapan di Dewan Chon Moi, disini malam tadi.