KUALA LUMPUR - Bukan mudah menggalas tanggungjawab sebagai pemimpin nombor satu negara, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata, tugasnya sebagai Perdana Menteri tidak hanya terhad kepada parti kerajaan itu sahaja.

"Tugas dan amanah sebagai seorang PM bukan sekadar kepada lebih tiga juta lebih ahli Umno mahupun tujuh juta ahli BN. Tidak juga terhad kepada 69 peratus bumiputera Islam ataupun bukan Islam.

"Yang tertanggung di atas kedua bahu saya adalah ehwal kepentingan sejumlah 32 juta rakyat Malaysia tidak mengira kaum, latar keturunan fahaman mahupun agama,"katanya ketika ucapan dasar Presiden Umno di Perhimpunan Agung Umno 2017, hari ini.

Menurutnya, beliau menekankan pentingkan PRU14 pada kesemua rakyat.

"PRU14 bukanlah sekadar PRU, ia lebih mustahak daripada itu. Jika kali ini negara tergadai, terlepas pada pihak yang salah, apa yang bapa-bapa kita bina dahulu tergadai semuanya. Hancur berkecai di depan mata," katanya.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • MACHANG - Kelibatnya cukup sinonim dengan Umno, biarpun di mana program diadakan, asalkan anjuran Umno, dia pasti ada.
  • SHAH ALAM - Umno Kelantan mengesahkan pihaknya tidak menerima sebarang arahan daripada presiden parti, Datuk Seri Najib Tun Razak supaya membiarkan Pas menang di negeri itu pada pilihan raya umum akan datang.
  • SABAK BERNAM - Segala perancangan dan program bantuan yang dilaksanakan sejak penubuhan Umno tidak boleh ditandingi mana-mana parti termasuk sebuah parti baharu yang kononnya ingin menggantikan Umno.
  • SHAH ALAM - Bekas Presiden Umno, Tun Dr Mahathir Mohamad diminta menghentikan sengketa dengan parti rumpun Melayu itu.
  • SHAH ALAM - Hanya Umno parti yang mendapat mandat dan kepercayaan daripada lapisan kaum dalam BN.