KUALA LUMPUR - Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak malam ini menyertai kira-kira 3,000 tetamu yang hadir memeriahkan jamuan makan malam Perhimpunan Agung Umno 2017 di Dewan Tun Razak 1, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini.

Perdana Menteri yang diiringi isteri Datin Seri Rosmah Mansor tiba pada pukul 8.30 malam dan sempat beramah mesra dengan para perwakilan Umno, pemimpin parti-parti komponen BN serta delegasi parti-parti luar negara yang menghadiri majlis berkenaan.

Hadir sama Naib Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein serta Bendahari Umno Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak.

Turut hadir, Pengerusi Tetap Umno Tan Sri Badruddin Amiruldin dan Timbalannya Tan Sri Mohamed Aziz serta anggota-anggota Majlis Tertinggi Umno.

Majlis itu diserikan dengan persembahan tarian oleh penari Istana Budaya serta nyanyian artis popular dan veteran antaranya Anuar Zain, Wany Hasrita, R. Ismail dan S. Atan yang diiringi Orkestra Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. –Bernama

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • SHAH ALAM - Persidangan Agung Umno 2017 hanya menjadi medan memburukkan Pakatan Harapan.
  • MACHANG - Kedudukan Umno Kelantan semakin mantap dan telah siap siaga untuk menghadapi PRU14, demikian menurut timbalan pengerusinya, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub.
  • KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda Umno Kota Kinabalu, Mohd Bahrin Abd Karim menyambut baik jaminan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak, di Perhimpunan Agung Umno (PAU) untuk mengembalikan jika ada terlepas pandang dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).
  • KUALA LUMPUR - Laungan Hidup Umno!, Hidup BN, Hidup Malaysia! bergema di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra di sini pada hari terakhir Perhimpunan Agung Umno 2017 menjadi laungan perang yang menandakan bermulanya misi penting gabungan parti pemerintah menghadapi ‘bapa segala pilihan raya’, yang bakal diadakan tidak lama lagi.
  • KUALA LUMPUR - Naib Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan semua anggota parti supaya tidak berasa selesa dalam menghadapi pertembungan lebih daripada dua penjuru pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) akan datang.