KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengadakan pertemuan tertutup dengan pemimpin tertinggi Parti Gerakan di ibu pejabat parti itu di sini bagi membincangkan isu-isu berkaitan PRU14 .

Ketibaan Najib yang juga Pengerusi BN pada kira-kira 10:30 pagi disambut Presiden Gerakan Datuk Seri Mah Siew Keong.

Difahamkan, dalam pertemuan tertutup kira-kira sejam itu, Mah membentangkan mengenai strategi parti dalam menghadapi PRU14, disusuli amanat khas perdana menteri kepada kepimpinan parti.

Pada PRU13, Gerakan bertanding di 12 kerusi Parlimen dan 33 Dun.

Awal bulan ini, Gerakan buat julung kalinya mengadakan perhimpunan bersama MCA yang dihadiri  pemimpin tertinggi parti dan anggota akar umbi daripada kedua-dua parti, bertujuan menunjukkan perpaduan parti dan menjalin kerjasama bagi menghadapi PRU14. - Bernama

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • KUALA LUMPUR - Ketika warga Malaysia menyambut kemunculan Tahun Baharu 2018, presiden Gerakan Datuk Seri Mah Siew Keong berkata adalah penting mereka mempunyai keyakinan terhadap kekuatan, kesejahteraan dan hala tuju negara di bawah kepimpinan kerajaan.
  • KUALA LUMPUR - Gerakan yakin dapat memenangi lima kerusi parlimen dan 12 kerusi dewan undangan negeri termasuk di Pulau Pinang pada PRU14.
  • KUALA LUMPUR - Rakyat perlu memberi mandat semula kepada Gerakan untuk memimpin semula Pulau Pinang, berdasarkan rekod pemerintahan parti itu di negeri tersebut.
  • SHAH ALAM - Walaupun mengalami kekalahan teruk pada PRU lalu sehingga digelar 'parti nyamuk', Gerakan tetap percaya banyak peranan dan sumbangan telah diberikan oleh pihaknya.