Dr Mohd Puad Zarkashi
Dr Mohd Puad Zarkashi

BATU PAHAT– Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu menjelaskan kepada semua ahli Pas termasuklah Majlis Syura Ulama Pas dan bukan hanya kepada Mursyidul Am parti itu, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berhubung pendiriannya terhadap isu Israel.

Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno, Dr Mohd Puad Zarkashi berkata, ini kerana Nik Aziz tidak mewakili pendirian keseluruhan Pas tambahan lagi jika ia diadakan secara tertutup.
 
Katanya, Nik Aziz juga antara orang yang kuat menyebelahi Anwar. 
 
“Saya yakin pertemuan antara kedua-duanya nanti sekadar suatu lakonan politik dan akhirnya Nik Aziz akan kata isu itu sudah selesai.
 
“Kita juga tahu, hanya setelah Majlis Syura mendesak, baru Nik Aziz meminta Anwar membuat kenyataan justeru penjelasan perlu dibuat kepada Majlis Syura dan bukan secara tertutup kepada Nik Aziz,” katanya selepas menghadiri sambutan Maulidur Rasul di Kampung Orang Asli Bumiputera Dalam, Rengit, semalam.
 
Sementara itu, Mohd Puad turut menggesa Anwar supaya tidak cuba ‘mewajarkan’ kata-kata yang diungkapkannya berhubung isu itu sebaliknya menyaman WSJ jika benar artikel tersebut diputarbelitkan.

www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.