SHAH ALAM - Ketua Pemuda Pas, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz mengakui tidak terasa hati dengan kekalahan yang dialaminya dalam pemilihan peringkat kawasan Pengkalan Chepa bagi sesi 2017/2019 pada kelmarin.

Katanya, walaupun tewas dalam pemilihan itu, apa yang penting baginya adalah terus kekal istiqamah dalam perjuangan parti.

"Menang gembira, kalah lebih gembira...istiqamah, bertanding biasa sahaja itu, latihan," katanya ringkas kepada Sinar Online.

Ketika menjawab pertanyaan yang dirinya sudah ditolak akar umbi dan ada yang memburukkannya, ini jawab Nik Abduh "biasa tu... 24 jam," katanya.

Terdahulu, Sinar Harian melaporkan, Ahli Parlimen Pasir Mas itu gagal merebut jawatan Timbalan Yang Dipertua dari penyandangnya Dr Izani Husin yang mendapat  209 undi berbanding Nik Abduh yang memperoleh 37 undi.

[ARTIKEL BERKAITAN: Nik Abduh tewas di Pengkalan Chepa]

Yang Dipertua kawasan itu kekal milik Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • KUALA LUMPUR - Pas dijangka bertanding di lebih 130 kerusi Parlimen pada PRU14, kata Ketua Penerangan Pas pusat Nasrudin Hassan.
  • MORIB - Dewan Himpunan Penyokong Pas (DHPP) Negeri Selangor menyifatkan 700 permohonan keahlian baharu yang diterima sejak 1 Januari hingga semalam membuktikan sokongan ahli masih tidak berbelah bahagi kepada Pas.
  • SHAH ALAM - Pas meminta Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr Mahathir Mohamad, agar tidak mencampuri urusan parti mereka.
  • PARIT BUNTAR - Pas Perak berkeyakinan tinggi bakal memenangi tambahan sepuluh kerusi Dun di samping mengekalkan lima kerusi Dun disandang parti itu ketika ini, termasuk satu kerusi Dun 'dilarikan' Amanah.
  • KOTA BHARU - Dakwaan berlaku pakatan bahawa BN sudah menyerahkan Kelantan kepada Pas dalam PRU14 hanya rekaan musuh yang mahu menjatuhkan Pas.