KAMPAR - [VIDEO] MCA menamakan Menteri Dalam Negeri, Datuk Lee Chee Leong, sebagai calon bagi kerusi Parlimen Kampar pada PRU14 nanti.

Perkara berkenaan diumumkan Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai, pada sidang media di Kampar hari ini sempena lawatan sehari ke kawasan berkenaan.

Tiong Lai turut mengumumkan Timbalan Ketua MCA Bahagian Kampar, Chang Gwo Chyang sebagai calon bagi kerusi Dun Malim Mawar dan Setiausaha MCA Bahagian Kampar, Daniel Wa Wai How, sebagai calon bagi kerusi Dun Keranji.

Dalam pada itu, Tiong Lai yakin MCA memiliki peluang yang cerah untuk menang di Kampar berdasarkan kepada sambutan penduduk sempena lawatan berkenaan.

Kawasan Parlimen Kampar mempunyai tiga kawasan Dun iaitu Malim Nawar, Keranji dan Tualang Sekah.

Pada PRU13 lalu, kerusi Parlimen Kampar, Dun Malim Nawar dan Dun Keranji dimenangi oleh DAP manakala kawasan Dun Tualang Sekah disandang BN.