SEREMBAN – Pengundi di negeri ini diminta tidak terlalu emosi terhadap pemilihan calon yang akan bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) tidak lama lagi.

Pengerusi Umno negeri, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, semua pengundi haruslah memilih dan menerima calon dinamakan pucuk pimpinan tertinggi Barisan Nasional (BN) dengan senang hati bagi menunjukkan tanda sokongan kepada calon dipilih.

“Saya menasihatkan kepada pengundi di negeri ini agar jangan terlalu ikut perasaan pada pemilihan calon yang diumumkan nanti. Lebih baik fokus kepada sesuatu yang lebih berfaedah untuk masa depan parti.

“Jangan terlalu emosi untuk memilih calon sendiri, sedangkan kita perlu lihat kepada beberapa kepentingan lain yang berasaskan kepada fakta bukan perasaan,” katanya.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • MORIB - Dewan Himpunan Penyokong Pas (DHPP) Negeri Selangor menyifatkan 700 permohonan keahlian baharu yang diterima sejak 1 Januari hingga semalam membuktikan sokongan ahli masih tidak berbelah bahagi kepada Pas.
  • SHAH ALAM - Pas meminta Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr Mahathir Mohamad, agar tidak mencampuri urusan parti mereka.
  • PARIT BUNTAR - Pas Perak berkeyakinan tinggi bakal memenangi tambahan sepuluh kerusi Dun di samping mengekalkan lima kerusi Dun disandang parti itu ketika ini, termasuk satu kerusi Dun 'dilarikan' Amanah.
  • MACHANG - Kelibatnya cukup sinonim dengan Umno, biarpun di mana program diadakan, asalkan anjuran Umno, dia pasti ada.
  • KOTA BHARU - Dakwaan berlaku pakatan bahawa BN sudah menyerahkan Kelantan kepada Pas dalam PRU14 hanya rekaan musuh yang mahu menjatuhkan Pas.