Datuk Seri Azizan Abdul Razak
$entry.content.caption.value

 ALOR SETAR - Pas Kedah tidak gusar dengan kenyataan Umno yang menyifatkan Kedah sebagai "winnable state' atau negeri boleh menang Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13). 

Sebaliknya Menteri Besar Kedah yang juga Pesuruhjaya Pas negeri Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata semua itu terletak di tangan rakyat.

"Itu hak dia (Umno). Ini negeri bebas...aturlah strategi. Kita dah buat macam-macam...jika rakyat sokong Alhamdulillah...kita dok (dapat mentadbir) lagi, kalau rakyat tak mahu apa boleh buat," katanya sambil ketawa.

Beliau yang ditemui pemberita di sini hari ini, diminta mengulas kenyataan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika lawatan ke sini semalam, bahawa Kedah merupakan "winnable state" BN jika pemimpin parti peringkat negeri terutama Umno, dapat menyelesaikan masalah dalamannya.

Mengulas lanjut, Azizan turut menyangkal pakatan pembangkang mempunyai masalah yang jauh lebih besar berbanding Umno.

Mengenai desas-desus ada perebutan kerusi antara parti pakatan pembangkang pada pilihan raya umum akan datang, Azizan berkata DAP dilapor meminta tambahan satu kerusi daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR).

"Jika masalah ini tidak dapat diselesaikan di peringkat negeri kita akan bawa ke pihak tertinggi parti," katanya.

Pada pilihan raya umum lepas, Pas bertanding di 24 kerusi dewan undangan negeri, PKR 11 kerusi dan DAP satu kerusi. - Bernama


www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.