PETALING JAYA - Tidak mungkin akan ada pihak yang cuba sabotaj Himpunan Sayang Malaysia, Hapuskan Kleptokrasi yang akan berlangsung di Padang Timur, di sini, Sabtu ini.

Timbalan Presiden Pakatan Harapan, Mohamad Sabu ketika menolak kemungkinan tersebut berkata, ia tidak akan berlaku kerana himpunan itu tidak sebesar himpunan Bersih.

"Tak mungkin akan ada yang akan sabotaj himpunan kita. Ini bukan macam Bersih. Himpunan kita kecil sahaja.

"Tak kan ada (pihak yang sabotaj). Saya yakin insya-ALLAH semua tidak akan apa-apa," katanya kepada Sinar Online selepas sidang media, hari ini.

Bagaimanapun kata Mohamad, pihaknya akan tetap mengambil berat soal keselamatan peserta dan penganjur himpunan yang akan berlangsung nanti.

ARTIKEL BERKAITAN: 'Baling kerusi, selipar, suar memang tuju kepada Tun'

Sebelum ini, Forum Nothing to Hide 2.0 anjuran Armada Pemuda Bersatu bertukar kecoh ketika Pengerusinya, Tun Dr Mahathir Mohamad, menjawab soalan berhubung tragedi Memali yang berlaku pada 1985.

Keadaan semakin tegang apabila secara tiba-tiba kerusi, kasut dan selipar dibaling ke arah Dr Mahathir.

Dalam kejadian jam 5.10 petang itu, suar turut dilempar dan jatuh hampir dengan pentas utama forum berkenaan, sebelum keadaan menjadi huru-hara apabila beberapa objek, termasuk kerusi dilemparkan sehingga hampir terkena Dr Mahathir, selain petugas media yang berada berhampiran.
 

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.