SHAH ALAM - Presiden Amanah, Mohamad Sabu menegaskan bahawa beliau akan menjadi penentang kepada 'kawan' Umno.

Justeru itu, kata Mohamad atau lebih mesra dipanggil Mat Sabu berkata, "kepada sesiapa yang menjadi 'kawan' Umno akan turut menjadi seterunya".

"Siapa tolong Umno, Bang Mat akan lawan habis-habisan," katanya ringkas yang dipetiknya menerusi Facebooknya.

Namun, Mat Sabu tidak memperincikan golongan 'siapa tolong Umno' dalam kenyataannya itu.

Difahamkan, Mat Sabu mungkin merujuk kepada bekas parti lamanya, Pas.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • SHAH ALAM - "Kita menentang campur tangan Amerika Syarikat (AS) ke atas mana-mana negara, begitu juga Malaysia juga tidak boleh berbuat perkara sama dalam hal-hal negara lain," demikian menurut Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu.
  • SHAH ALAM - Umat Islam dinasihatkan agar tidak melihat agenda Islam dari sisi pandang yang kecil seterusnya tanpa sedar telah mengamalkan politik sekular dengan menjuzuk Islam dalam hal-hal tertentu sahaja.