KUALA LUMPUR - Pakatan Harapan (Harapan) mengesahkan 'mangsa' liwat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim merupakan kakitangan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Ketua Whip Parlimen PKR, Datuk Johari Abdul berkata, perkara itu dinyatakan sendiri Datuk Seri Ahmad Husni Hanazdlah selepas membuat kenyataan di Dewan Rakyat.

"Saya bertemu sendiri dengan beliau dan tanya mengapa isu sebegini yang dibangkitkan. Mengapa tak buat laporan polis?

"Beliau mengelak untuk jawab hanya cakap perkara benar, yang mana anak saudaranya yang diliwat itu merupakan 'staff UKM," katanya dalam sidang akhbar hari ini.

Ahli Parlimen Sungai Petani ini juga berkata, Ahmad Husni juga mengelak untuk menjawab soalan-soalannya.

"Saya tanya, bila kes ni jadi, di mana, Ahmad Husni tetap mengelak. Kami bertekak sikit kerana tak sewajarmya beliau guna Dewan yang mulia ini cerita perkara yang bukan-bukan.

"Rakyat hantar kita ke sini untuk bawa hal dan masalah rakyat," ujarnya.

Dalam pada itu, Johari berkata, berkemungkinan Harapan akan ke UKM untuk mendapatkan maklumat mengenai 'mangsa' tersebut.

"Kita akan mencari mangsa ini. Kita akan jumpa Canselor dan nak tahu mengenai hal ini," katanya.

Jelasnya, tindakan qazaf adalah pengajaran buat semua ahli Parlimen untuk tidak bercakap tanpa bukti.

"Bukan sedap-sedap cakap, nak tuduh-tuduh. Lebih tidak adil kamu tuduh orang yang tak boleh nak bela diri," katanya.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • SHAH ALAM - Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Peguam dari Amerika Syarikat, Kimberly Montley mendesak Kerajaan Malaysia mempertimbangkan keseriusan serta keadilan kesihatan Ketua Umum, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
  • SHAH ALAM - Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian Khas Pejabat Perdana Menteri, Datuk Rizal Mansor meminta anak sulung Ketua Umum PKR, Nurul Izzah Anwar agar 'membuka mata' mengenai corak pemerintahan kerajaan sekarang.
  • SHAH ALAM - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berharap agar suaminya Datuk Seri Anwar Ibrahim terus diberi ketabahan dalam menempuh rintangan kehidupan.
  • KUALA LUMPUR - Sebagai simbolik Himpunan Bebas Anwar, lilin tertera perkataan 1,000 hari Datuk Seri Anwar Ibrahim dipenjara, dinyalakan di Dataran Merdeka, malam tadi.