KUALA LUMPUR - Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak membidas bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung posting dalam blog beliau yang menyatakan Malaysia telah dilabelkan sebagai antara sepuluh negara paling korup di dunia.

Menteri Komunikasi dan Multimedia itu berkata  pada 24 Januari, CNBC menyiarkan  laporan yang menyebut sepuluh negara paling korup di dunia ialah Somalia, Sudan Selatan, Korea Utara, Syria, Yaman, Sudan, Libya, Afghanistan, Guinea-Bissau dan Venezuela.

"The New York Times juga memuatkan laporan pada 9 Disember 2016 lebih kurang dengan menyatakan perkara yang sama, dan begitu juga dengan akhbar The Independent di UK (United Kingdom) pada 25 Januari, 2017 dan Fortune.com pada hari yang sama.

"Bulan lepas, pada 14 Mac, 2017, CheatSheet  menyenaraikan 15 negara paling korup di dunia dan masih Malaysia tidak berada dalam senarai," kata Salleh menerusi catatan dalam blog beliau, sskeruak.blogspot.my, hari ini.

Beliau berkata ranker.com juga menyiarkan senarai negara paling korup berdasarkan laporan Transparency International dan Malaysia langsung tidak berada dalam senarai 100 teratas.

"Jadi, dari mana Mahathir mendapatkan faktanya? Adakah seseorang telah membekalkannya dengan berita palsu?​​" tanya  Salleh.

Semalam, Mahathir membuat beberapa dakwaan terhadap Malaysia dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam blog beliau. - Bernama

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • KINABATANGAN - Parti pembangkang di Sabah berjuang dengan berpaksikan emosi dan bukannya untuk membela hak rakyat negeri ini, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak.
  • KLUANG - Rancangan Tun Dr Mahathir Mohamad yang didakwa mahu mengetuai delegasi pembangkang ke Amerika Syarikat dalam usaha menggulingkan pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak digambarkan sebagai hipokrit.
  • KUALA LUMPUR - Pengerusi Pakatan Harapan Tun Dr Mahathir Mohamad sengaja menyembunyikan kebenaran tentang sesuatu perkara demi kepentingan politik peribadi, kata Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai.
  • KOTA BHARU - Istana Kelantan menarik balik Darjah Kerabat Yang Amat Dihormati (Al-Yunusi) yang dianugerahkan kepada bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, berkuatkuasa Selasa lepas.
  • KUALA TERENGGANU - Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Mahdzir Khalid menyifatkan Tun Dr Mahathir Mohamad hanya berjanji kosong apabila berkata beliau hanya memerlukan dua tahun untuk menyelesaikan masalah yang didakwanya disebabkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.