KUALA LUMPUR - Pengerusi Pakatan Harapan Tun Dr Mahathir Mohamad sebenarnya 'diperkudakan' oleh DAP untuk memecah-belah undi Melayu pada PRU14, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata tindakan yang dilakukan menampakkan seolah-olah DAP baik terhadap masyarakat Melayu.

“Saya perhati Dr Mahathir sebenarnya diperkudakan saja oleh DAP untuk pecah-belah undi Melayu, seolah-olah DAP baik kepada orang Melayu.

“Hakikatnya, mana ada? DAP ini baik ke kepada Melayu, kepada Islam? Dr Mahathir sendiri cakap DAP Anti-Melayu dan Anti-Islam #CakapTakSerupaBikin, ” katanya menerusi catatan terbaru di laman Facebook dan Twitter, hari ini. - Bernama