SHAH ALAM – Tidak mahu memanjangkan isu mengenai tindakan Bekas Naib Presiden Parti Bersatu, Datuk Hamidah Osman meninggalkan parti itu, Armada hanya mahu memberi fokus terhadap perjuangan parti.

Ketuanya Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata, fokus utama Bersatu dan Pakatan Harapan kini adalah untuk membersihkan negara daripada budaya rasuah, salah guna kuasa dan untuk membantu rakyat meringankan beban kos sara hidup yang semakin teruk.

“Memang betul saya berbeza pendapat dengan beliau berkenaan beberapa isu dalaman tapi jika disebabkan ini beliau merasakan saya biadab, saya minta maaf.

“Saya ucapkan ribuan terima kasih di atas sumbangan yang beliau berikan dalam Bersatu terutamanya pada peringkat awal penubuhan parti,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Katanya, apa yang dilakukannya hanya mempertahankan apa dirasakan benar dan bertanggungjawab untuk mempertahankan Presiden dan Timbalan Presiden di atas tohmahan yang dilontarkan ke atas mereka.

“Saya mengucapkan selamat maju jaya untuk masa hadapan beliau dan semoga tidak lupa akan musuh utama negara iaitu rasuah dan salah guna kuasa yang menjerat rakyat dengan beban kos sara hidup yang tinggi,” katanya.

Terdahulu, Hamidah mendakwa telah dihalau keluar dari Bersatu selepas dihalau keluar parti oleh Armada,

Katanya, perkataan ‘berambus’ yang digunakan Syed Saddiq itu agak keterlaluan hingga menyebabkan dia mengambil tindakan untuk keluar parti.  

“Saya sangat sedih, lebih sedih apabila tiada tindakan daripada mereka yang di atas. Saya dah tak mampu nak teruskan perjuangan. Jadi, saya ambil keputusan melepaskan jawatan sebagai Naib Presiden dan semua jawatan dalam parti.

“Ia bukan mudah untuk dibuat, agak berat, tapi kalau baik untuk kita dan kebaikan yang lain, say buat juga,” katanya.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • SHAH ALAM - Tidak sangka, walaupun baru setahun penubuhannya, Bersatu terus diberikan perhatian oleh pemain politik hingga memaksa mereka membuat pelbagai laporan agar tindakan diambil terhadap parti itu.
  • ALOR SETAR - Bersatu didakwa cuba menjadikan Umno sebagai ‘kambing hitam’ dalam konflik dalaman parti itu yang menyaksikan ahlinya mula hilang kepercayaan terhadap pimpinan tertinggi parti itu.
  • SHAH ALAM - Pergolakan dalaman Bersatu adalah masalah biasa yang dihadapi sebuah parti politik yang baru ditubuhkan.
  • PETALING - Ketua Armada Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mendakwa berterusan diugut kumpulan rangkaian dedak, dan terbaharu awal pagi tadi.
  • PUTRAJAYA - “Individu berkenaan bukan sahaja menawarkan wang kepada saya tetapi saya dimaklumkan individu sama ada kaitan dengan beberapa kes pemimpin Bersatu meninggalkan parti” dakwa Ketua Armada, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.