KUALA LUMPUR - Bendahari Umno Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak  berkata pemimpin DAP  Lim Kit Siang dengan bijaknya telah mengetepikan  Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada jawatan tertinggi  itu dan mempergunakan Tun Dr Mahathir Mohamad untuk melindungi tujuan politik sebenar beliau.

“Sebab itulah (Dr) Mahathir sangat sensitif berhubung isu itu dan setiap kali ada pihak bercakap tentang Kit Siang menjadi perdana menteri, beliau akan jadi orang pertama  menafikan dakwaan tersebut dan mempertahankan Kit Siang,” katanya menerusi sskeruak.blogspot.my. hari ini.

Salleh yang juga Menteri Komunikasi dan Multimedia, berkata di sebalik penafian Kit Siang, beliau tidak dapat menyembunyikan hakikat “yang beliau adalah pemimpin de facto (sebenar) dan DAP yang mempunyai bilangan kerusi terbanyak  yang membuat keputusan dalam Pakatan Harapan.”

“Ini bermakna beliau yang memutuskan siapa akan menjadi perdana menteri jika Pakatan Harapan memenangi PRU14 dan selaku pemimpin de facto parti yang mempunyai bilangan kerusi terbanyak, pilihan tepat untuk  perdana menteri ialah Kit Siang sendiri,” katanya.

Beliau juga berkata sejarah Pakatan banyak menunjukkan bahawa Kit Siang, dan bukan Pakatan yang membuat keputusan.

“Apabila Pakatan Rakyat dibubar, Kit Siang yang buat keputusan itu secara sendirian dan Kit Siang juga yang putuskan untuk mengakhiri kerjasama dengan Pas sekalipun PKR tidak mahu.

“Ini akan berulang dalam isu siapa jadi perdana menteri sekiranya Pakatan menang PRU. Ini dibuktikan oleh rekod Pakatan sendiri,” kata  Salleh. –Bernama

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • KUALA LUMPUR - Pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang perlu memperjelaskan pendiriannya berhubung penghinaan yang dilemparkan Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap kumpulan etnik Bugis sehingga menimbulkan kekecohan baru-baru ini, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Salleh Said Keruak.
  • KUALA LUMPUR - Tindakan Penasihat DAP, Lim Kit Siang membuat pusingan U mengenai bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menunjukkan parti tersebut tiada maruah.
  • KUALA LUMPUR - Pemimpin DAP Lim Kit Siang digesa menjelaskan pendirian Pakatan Harapan berhubung kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad berkaitan bangsa Bugis pada perhimpunan pembangkang baru-baru ini.
  • KUALA LUMPUR - "Hari ini saya hendak beritahu Lim Kit Siang tolong nasihatkan anaknya (Lim Guan Eng) untuk letak jawatan," kata Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Tan Sri Noh Omar.