KOTA BHARU - Tun Dr Mahathir Mohamad disifatkan nyanyuk kerana dilihat tidak konsisten dalam kenyataannya.

Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub berkata, bekas Perdana Menteri itu sanggup menggadaikan perjuangan politik orang Melayu selepas tidak lagi berada di bawah pucuk pimpinan Umno.

Menurutnya,  jika sebelum ini Mahathir yang juga Pengerusi Bersatu tetap mempertahankan perjuangannya dengan kenyataan tegas mengenai Datuk Seri Anwar Ibrahim yang tidak boleh jadi Perdana Menteri susulan salah laku.

“Namun apabila telah mengubah haluan, beliau (Mahathir) pula menyokong Anwar dan kenyataannya itu jelas begitu mengelirukan rakyat. Ini menunjukkan selama ini beliau telah membohongi rakyat selama 22 tahun memerintah sebagai pucuk pimpinan negara satu masa dahulu.

“Sepatutnya,Tun Mahathir perlu ‘istiqamah’ memandangkan hak menegakkan kebenaran orang Melayu bukan merupakan satu perjuangan bermusim dan kini nampaknya beliau sudah terkeluar dari landasan asal,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri majlis sambutan Aidilfitri di Kolej Poly Tech Mara, Kampus Kota Bharu (KPTMKB) di Lembah Sireh, di sini, hari ini.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • SHAH ALAM - MCA menempelak Pakatan Harapan (Harapan) kerana tindakan memilih Pengerusinya, Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai calon Perdana Menteri, meskipun mereka pernah menyerangnya sebelum ini.
  • JOHOR BAHRU - Persatuan Dewan Perniagaan dan Industri India Malaysia (MAICCI) hari ini menyuarakan kebimbangan kemungkinan kaum India di negara ini disisih daripada arus kemajuan ekonomi sekiranya Tun Dr Mahathir Mohamad diberi peluang untuk memerintah negara sekali lagi.
  • SHAH ALAM - Ketua Setiausaha Sekretariat Pakatan Harapan, Datuk Saifuddin Abdullah mempersoalkan kriteria diguna pakai Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dalam membuat penilaian terhadap bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
  • PETALING JAYA - Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr Mahathir Mohamad sedia mendengar sebab-sebab bantahan daripada kepimpinan PKR Selangor berhubung isu penolakan beliau sebagai calon perdana menteri Pakatan Harapan.
  • PASIR SALAK - Pemimpin Umno perlu bersikap profesional dan tidak terlalu memperbesarkan isu pemilihan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai perdana menteri oleh Pakatan Harapan, kata Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman.