SHAH ALAM - Timbalan Presiden PKR Azmin Ali akan mengetuai delegasi parti itu untuk mengadakan perbincangan dengan Ketua Polis Kuala Lumpur esok berkenaan perhimpunan di pekarangan Kompleks Mahkamah Jalan Duta, 9 Januari ini.

Kenyataan dikeluarkan Azmin petang ini menyebut pertemuan itu akan diadakan di ibu pejabat polis kontinjen Kuala Lumpur, pagi esok.

Dalam satu kenyataan pagi tadi, Azmin berkata PKR bersedia untuk berbincang dengan pihak polis demi memastikan perhimpunan Bebaskan Anwar 901 dapat diteruskan dengan aman dan teratur.

Sehubungan itu, Azmin menyeru semua anggota parti dan penyokong Pakatan Rakyat (PR) serta rakyat Malaysia yang cintakan keadilan dan kebenaran untuk berhimpun secara aman dan menyatakan sokongan terhadap reformasi demi rakyat dan negara Malaysia yang tercinta.

"Oleh itu, saya menyambut baik kenyataan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Ketua Polis Negara yang memperlihatkan kesediaan pihak polis untuk berbincang dengan PKR dan Pakatan Rakyat bagi menjamin kelancaran perhimpunan aman 901 untuk membantah rekayasa politik ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim," kata Azmin.

Semalam, Hishammuddin berkata sebarang demonstrasi jalanan tidak akan mengubah mana-mana keputusan mahkamah.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • SHAH ALAM - Pas belum memecat Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar kerana parti itu mahu memberi fokus sepenuhnya terhadap PRU14.
  • SHAH ALAM - “Saya tidak mahu mengkhianati rakyat dengan menjadi calon parti (Pas) yang hanya mahu menang 40 kerusi dan tidak bersedia mengambil alih kuasa politik negara ini,” kata Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar.
  • SHAH ALAM - Kerajaan seharusnya memikirkan mekanisme terbaik menyelesaikan isu graduan menganggur dan peluang pekerjaan yang semakin terhad.
  • SHAH ALAM - Pemimpin BN diingatkan membina kekuatan bagi menghadapi PRU14 dan jangan sesekali mengamalkan sikap tikam belakang sesama sendiri.
  • SHAH ALAM - Tidak sangka, walaupun baru setahun penubuhannya, Bersatu terus diberikan perhatian oleh pemain politik hingga memaksa mereka membuat pelbagai laporan agar tindakan diambil terhadap parti itu.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.