KUALA LUMPUR - Datuk Seri Mukhriz Mahathir mendakwa, beliau dan keluarganya sudah lali apabila bapanya, Tun Dr Mahathir Mohamad dikecam orang ramai.

Menurutnya, perkara itu sudah beliau rasai sejak Mahathir memegang jawatan perdana menteri lagi.

“Bagi kami ia sudah menjadi satu kebiasaan, sudah lali pun, dahulu sewaktu Tun (Mahathir) jadi PM, dan ramai orang kecam sebab itu sudah biasa.

“Lagipun, pada pendapat saya, tuan punya badan lebih arif dengan perkara ini dan beliau mempunyai cara tersendiri untuk beri respons,” katanya.

Namun demikian, beliau tidak menafikan wujud rasa kecewa apabila individu yang lantang mengkritik bapanya, adalah orang yang dikenalinya.

“Mungkin terselit rasa geram kerana ada di antara mereka, kita kenal malahan Tun (Mahathir) dulu juga pernah bantu orang tersebut.

“Bukanlah ingin mengungkit tetapi jika tidak kerana Tun sendiri, orang tersebut tidak akan sampai ke tahap (baik) ini,” katanya.

Selain itu, beliau juga mempersoalkan kenapa mereka yang lantang mengkritik Mahathir ini tidak pernah belajar dari pengalaman lalu.

“Antara sebab lain  saya diamkan sahaja bila Tun dikecam adalah kerana rating akan naik setiap kali berita sebegitu keluar.

“Kenapa mereka ini tidak faham isi hati orang Melayu? Simpati orang Melayu? Tidakkah mereka tahu orang yang dikritik lebih mendapat simpati dari orang yang mengkritik?" tambahnya lagi.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • ALOR SETAR - Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Mukhriz Mahathir diumum sebagai Pengerusi Pakatan Harapan Kedah, malam semalam.
  • PETALING JAYA - Pakatan Harapan berazam untuk menakluk dan merampas seluruh negeri yang berada dalam genggaman BN.
  • ALOR SETAR - Pengerusi Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamad lebih berani berdepan dengan audien untuk menjawab soalan ‘panas’, selain bersedia mengambil risiko berbanding Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang tidak muncul di pentas Nothing To Hide 2.0 di Shah Alam, kelmarin.
  • SHAH ALAM - Pas menyifatkan kes saman fitnah presiden parti itu, Datuk Seri Abdul Hadi Awang terhadap Editor Sarawak Report, Clare Rewcastle-Brown menunjukkan perkembangan positif.
  • KUALA LUMPUR - Gerakan akan mengambil tindakan undang-undang ke atas Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berikutan kenyataan beliau yang didakwa memfitnah parti itu dalam isu tanah di Tanjung Tokong.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.