SHAH ALAM - Tan Sri M Kayveas meletakkan jawatan sebagai presiden Parti Progresif Penduduk Malaysia (MyPPP) berkuatkuasa Isnin lalu.

Beliau membuat pengumuman melepaskan jawatan itu di laman Twitter pagi tadi.

Kayveas turut melepaskan jawatannya sebagai penasihat kerajaan Perak.

"Berkuatkuasa 23 April ini, saya mengambil keputusan meletakan jawatan-jawatan itu," tulisnya sebentar tadi.

Selain itu, Kayveas turut melepaskan jawatannya sebagai pengerusi MyPPP Wilayah Persekutuan.

Dalam perkembangan terbaharu, media mendapat jemputan untuk menghadiri mesyuarat tergempar Majlis Tertingggi MyPPP di Hotel Hilton, Petaling Jaya tengah hari ini.

Dalam kenyataan itu, dinayatakan bahawa akan ada satu keputusan luar biasa dijangka akan diambil oleh MyPPP.

AKAN MENYUSUL