SHAH ALAM - Tindakan Ketua Umno Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos yang sering mencetuskan kontroversi tidak memberi kesan kepada kerajaan negeri Selangor.

Naib Ketua AMK, Radzlan Jalaludin berkata, sebaliknya imej Umno yang akan terpalit dengan perbuatan Jamal tersebut.

“Masyarakat hari ini terutama anak muda menganggap Jamal adalah Umno dan Umno adalah Jamal. Jadi apa yang Jamal buat itu kesannya kepada Umno tetap ada.

“Adakah watak sebegini memeningkan kami? Tidak. Adakah menggugat kerajaan yang memerintah Selangor? Tidak,” katanya menjawab soalan moderator, Datuk Dahlan Maamor di Wacana Sinar Harian Siri 45 berjudul Politik: Perjuangan atau Populariti di sini.

Malah, menurut beliau, Jamal sendiri tidak menjadi pilihan Umno seperti di PRK Sungai Besar sebelum ini.

“Jika benar Jamal popular dan boleh membuka mata atau memberi impak yang baik kepada Umno, sudah tentu Jamal telah dipilih sebagai calon PRK Sungai Besar.

“Tetapi kenapa Umno tak gunakan sendiri populariti Jamal ketika itu sebagai calon? Itu anggapan kami sebagai parti di luar Umno,” katanya.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • SHAH ALAM - “Dana yang masuk untuk PKR tidak ada dari sumber yang haram,” demikian kata Naib Ketua AMK Malaysia, Mohd Radzlan Jalaludin.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.