SHAH ALAM - Tun Dr Mahathir Mohamad masih menanti penampilan bukti berhubung dakwaan bahawa beliau bukan berketurunan Melayu.

Pengerusi Bersatu itu berkata, sehingga kini beliau masih tidak mendapat bukti berkaitan dakwaan tersebut.

"Kita hidup dalam dunia yang canggih sekarang...Jangan tunjuk kertas-kertas kepada pemberita kerana dengan telefon bimbit pun dia boleh ambil gambar memperbesarkan dan boleh baca.

"Kalau anak Iskandar Al-Kutty tunjukkan la buktinya, jangan malu-malu,sekarang bukan macam dulu. Kita hidup dalam zaman canggih," katanya dalam program Nothing To Hide 2.0 di Shah Alam hari ini.

Sebelum ini, Naib Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mendakwa bekas Perdana Menteri itu mempergunakan orang Melayu selama 22 tahun.

Menurutnya, ini berikutan susur galur keturunan Mahathir berasal dari India.

“Itulah sebabnya orang itu (Mahathir) kata Melayu mudah lupa, dia lupa dia dah 22 tahun. Saya tak sentuh peribadi.

“Tetapi ini IC (kad pengenalan) biru dia dulu, nama dia Mahathir anak lelaki Iskandar Kutty. Ini dihantar Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN). Patutlah dia kata kita mudah lupa, anak laki-laki Iskandar Kutty.

“Orang itulah yang perjuangkan agenda Melayu untuk menggunakan orang Melayu ,” katanya ketika berucap di majlis penutup mesyuarat Umno Bahagian Kelana Jaya, baru baru ini.

Dalam pada itu, katanya beliau tidak akan kembali ke parti lamanya, Umno.

"Saya tak akan kembali kepada Umno, kerana parti itu telah dihijack oleh Najib.

"Bukan lagi  perjuangan bangsa agama dan tanah air," katanya lagi.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • PETALING JAYA - Pengerusi Pakatan Harapan (Harapan), Tun Dr Mahathir Mohamad memaklumkan keputusan memulangkan pingat darjah kebesaran yang dianugerahkan Istana Selangor dibuat kerana beliau dianggap tidak layak lagi untuk memilikinya.
  • PETALING JAYA - Pakatan Harapan (Harapan) belum membuat sebarang keputusan berhubung calon perdana menteri sekiranya mereka menang pada PRU 14.
  • SUNGAI PETANI - Rasa hormat kepada Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad datang daripada khidmat yang dilakukan oleh beliau selama 22 tahun memegang jawatan itu, tidak dapat disekat dengan hanya kata-kata mahupun ucapan retorik semata-mata.
  • KOTA BHARU - Walaupun Pakatan Harapan membayangkan Tun Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail bakal mengemudi bahtera kapal pembangkang, namun rakan-rakan parti yang lain berpendapat sebaliknya.
  • SHAH ALAM - Pakatan Harapan perlu menamakan calon perdana menteri secepat yang mungkin.