KUALA LUMPUR - Pakatan Harapan akan membuat surat permintaan untuk berjumpa dengan menteri terlibat berkaitan isu Pejabat Pendaftar (ROS) parti tersebut.

Pengerusinya, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata keputusan tersebut dibuat selepas pihak mereka tidak mendapat apa-apa maklumat berkaitan kelulusan perlembagaan parti berkenaan.

"Setakat ini tak dapat apa-apa maklumat untuk luluskan draf perlembagaan dan juga permohonan logo atau simbol bagi Harapan.

"Justeru, kami akan minta untuk jumpa dengan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi untuk mendapatkan maklumat sama ada terdapat apa-apa kemusykilan mengenai perlembagaan parti ini,"katanya ketika sidang media Majlis Presiden Harapan, hari ini.

Terdahulu, ROS menolak logo dan simbol harapan kerana logo tersebut tidak mempunyai perkataan Pakatan.

Tambah Mahathir lagi, pihaknya sedia membuat pindaan jika perlu.

"Kami yakin menteri tersebut yang juga merupakan Timbalan Perdana Menteri akan beri peluang pada kami untuk kemukakan pandangan.

"Kami juga terbuka untuk mendengar pendapat dan sebab kelulusan belum diberikan pada permohonan kami,"tambahnya.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • SEREMBAN - Dun Klawang bakal berdepan dengan perlawanan tiga penjuru apabila calon daripada Parti Amanah dijangka akan bertanding di kerusi itu.
  • KOTA BHARU - Perjuangan PKR, Bersatu dan Amanah melalui Pakatan Harapan sebenarnya berasaskan dendam, marah dan inginkan jawatan sahaja,kata Ahli Parlimen Pengkalan Chepa, Dr Izani Husin.
  • SHAH ALAM - GENDANG PRU14 telah dibunyikan, setiap parti baik BN, Pakatan Harapan (Harapan) dan Pas sedang mencongak strategi untuk menang di kerusi-kerusi yang bakal ditandingi.
  • SEREMBAN - Parti Bersatu Negeri Sembilan mendesak supaya pucuk tertinggi pimpinan Pakatan Harapan membuka semula rundingan pembahagian kerusi Dun di negeri ini.
  • PASIR MAS - Pakatan Harapan (Harapan) Kelantan optimis saingan tiga penjuru antara parti itu dengan BN dan Pas pada PRU14 nanti turut memberikan kelebihan kepada mereka untuk menang sekaligus menerajui negeri ini.